Tuesday, November 15, 2011

:: Ahli baru ::

Pertama sekali ucapan tahniah buat AbangLong kerana akhirnya dipertemukan jodoh olehNya. Tahniah di atas pernikahan yang berlangsung pada Jumaat yang barakah 11 Nov. 2011 bersamaan dengan 15 Zulhijjah 1432H. Semoga pernikahan ini diberkati olehNya dan kekal hingga ke akhir hayat insyaallahhhhh. Buat KakLong, selamat datang ke dalam keluarga kecil kami.



Hari ini 15 Nov. 2011 bersamaan dengan 19 Zulhijjah 1432H bertambah seorang lagi ahli dalam keluarga kecil kami ini. Syukur alhamdulillah.... akhirnya bayi lelaki yang dinanti kehadirannya sejak 2 minggu yang lalu menjenguk dunia. Nama yang diberi masih belum diketahui, namun semoga khalifah kecil ini akan membesar dengan baik, sihat akal fikiran dan menjadi anak yang soleh.... insyaallahhhhh. Tak sabar makngah nak jumpa. Cepat keluar hospital ye...

:: Rindunya... ::

Tengahari semalam Sue telefon. Ya Allah.... Sue, lama betul tak dengar suara, tak berjumpa, sembang-sembang, gurau-senda. Bukan lama yang sikit-sikit.... ini lama yang sangat-sangat lamaaaaaa. Masa Sue bagi salam tu, rasa macam dah cam suara tapi tak berapa yakin sangat tapi tak sampai beberapa saat pun dah boleh tahu tu suara Sue. Sue!!! Sue!!! Sue!!! selalunya mula jumpa atau cakap dalam telefon dengan Sue memang akan jerit sebut nama dia. Sue pun sama juga.... Tapi semalam macam terkawal sikit sampai Sue terpaksa cakap, "Kay, ni Sue ni " Hahahaha.... Kay tahu Sue tapi sebab kat dalam surau waktu tu kenalah hormatkannnn....mana boleh terjerit-jerit.

Sebab apa tau Sue telefon? Rupa-rupanya dia baru sahaja tengok gambar yang DikYah upload dalam fb. Gambar sekeluarga masa perkahwinan Banglong Sabtu lepas. Terkejut dia semua wajah dah semakin matang..... ecewahhhh... Yelah Sue, kita semua umur bukan makin muda kannnnn. Sempat juga dia mengomel bila tengok gambar si abang dan si adik.... " Kay, budak lelaki pakai spek mata tu anak en. hapis ye? Yang perempuan tu anak cik Kay ek? Amboi Sue!!! Kalau berborak dengan Sue memang tak kering gusi.... ada saja bahan nak jadi gelak ketawa.

Itulah Sue. Kenal masa belajar di Manjung dulu.... sampai sekarang dah hampir 16 tahun persahabatan kami. Walau kami sudah lama tidak berjumpa, masing-masing tetap kekal dalam hati. Memang masa di Manjung dulu Sue adalah antara sahabat baik. Menjalani kehidupan sebagai pelajar untuk tempoh tiga tahun banyak yang dikongsi segala suka duka bersama Sue dan juga beberapa sahabat baik yang lain.... Nita, Sham, Yana, Wan.... Kini semuanya jauh di mata namun tetap dekat di hati.

Dia berkongsi macam-macam dengan Sue sampaikan setiap kali pergi dating pun dia kena bawa Sue. Sebab Sue pembekal semangat, Sue boleh jadi pelindung dia. Seronok juga berkongsi katil dan bantal dengan Sue kala cuaca sejuk sebab badan Sue yang gebus tu boleh bagi rasa panas hik hik hik.... Lagi satu kan dan paling seronok sebab Sue ini jenis yang susah sangat nak marah. Usiklah apa saja dengan dia memang dia tak pernah marah pun. Sue memang baik sangat tapi ada juga kadang-kadang datang sifat degil dia tuuuu.... hahaha... buat orang gerammmmmm saja.

Memang dia rindu betul saat-saat dia belajar di Manjung dulu. Tak tahulah bila dapat berjumpa lagi dengan sahabat-sahabat baik semua.


Wednesday, November 09, 2011

::...::

Aku ada Dia

Embun dingin dinihari
Jiwa aku hangat
Hangat rasa kasih dan cinta
Kerana aku sedar
Aku ada dia

Aku dan dia
Tidak sama
Rasa, perasaan jiwa
Nyata berbeza
Kita simpul jadi satu
Kerana itu,
Aku ada dia

Berbeza itu
kadang buat aku dan dia
sakit, luka duka
Menjerut rasa
Menyimpan rahsia
Ikat simpul itu benar erat
Kerana aku perlu dia
Dia perlu aku

Aku dan dia
Sukar cari sama
Beza kadang terserlah
Tanpa malu silu
Lewat waktu ia berlalu
Aku dan dia tetap satu

Aku, dia
Ada tika tersilap duga
Ada saat salah menerka
Ada juga berburuk sangka
...
Jangan pinta berlebih
Usaha harap sempurna
Apalagi mendesak-desak

Aku, dia
Kurang... lebih
Kuat ... lemah
Kasar ... lembut
Melengkapi, merencana
Sebuah rencah hidup

Pelihara jiwa
Usah menyerah pada curiga
Subur rasa kasih dan cinta
Doa penguat iman dan taqwa
Kerana aku masih ada dia

Tuesday, November 01, 2011

:: Jogathon ria mesra ::

Ini masih kisah kami di hari Ahad minggu lepas juga. Setelah bersuka-suki di Mid Valley pada hari Sabtu, kami beraktiviti sihat pula di pagi Ahad yang indah. Mulanya dia macam pelik pula bila aktiviti sekolah dianjurkan pada hari Ahad dan bukannya Sabtu seperti kebiasaannya. Tapi tidak usahlah berfikir panjang, marilah bersama-sama kita berikan kerjasama ok!!!

Kemana kami sebenarnya ye? Kami ke sekolah abang untuk turut sama memeriahkan acara jogathon yang dianjurkan pihak sekolah. Hanya kami tiga beranak sebab en.hubby outstation. Baru dia teringat, masa awal tahun lalu budak-budak sekolah kena buat kutipan derma sempena jogathon ini. Tuuuu diaaaa.... setelah sekian lama baru terlaksana acara. Dia pun tak pasti berapa yang berjaya dikumpul oleh si abang.

 

Si adik pun bersemangat bangun awal pagi, konon hendak jogathon juga lah. Kononnnn....hik hik hik Tidak mengapa adik, semangat tetap kena ada.

Sebelum memulakan larian, ada acara senamrobik dulu. Waktu senamrobik pun dah berpeluh-peluh, termengah-mengah macamana hendak berlari pula lepas ni.

Anak-anak ini memanglah tak kira penat yang penting seronoknya mereka bersama kawan-kawan kannn. Yang penat dan semputnya mak ayah le. Beria-ia sakan bersenamrobik,, bermula dengan lagu berentak perlahan sehinggalah ke lagu Justin Bieber.... terlompat-lompat mak ayah semua. Mahunya tak semput. Sesekali kannnn berseronok dengan anak-anak hahaha.... amekkauuu.... ahhhhh semmmmpuuuttt...

Cikgu senamrobik ni huiihhhh jangan tak tahu..... ustazah rupanya. Kelassss kau zahhhh!!!! Semua peserta dibimbing oleh kumpulan senamrobik  yang terdiri dari murid-murid Tahun 6.

Selepas penat bersenamrobik, barulah upacara perasmian majlis. Lega dapat duduk. Belum apa-apa lagi sudah hangittttt....
Tekun dengar amanat dari Yang Dipertua PIBG.

Bila nak mula lari ni?

Yezzzzaaaaa.... akhirnya... jogathon riaaa.... bersiap sedia

Dengar dulu arahan.... mana laluan jogathonnya? Bermula dari sini, lepas pintu pagar sekolah ambil kiri..... terus sampai roundabout dan terus lagi sampai simpang hendak masuk ke rumah flat kemudian pusing balik. Terus lalu depan sekolah menengah dan buat U turn dan kembali ke sekolah!!! Ada faham!!!

Acara jogathon dilepaskan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Putrajaya (kalau tak silap le).



 Yaaahhhhh....caiyokkk adik


 Kami baru saja hendak mula, mereka sudah pusing pun??? Tu nampak si abang, ini jogging ke lumba lari bang?


 Encik polis trafik pun ada...

 Bila semua dah sampai..... masing-masing diberikan sebotol air mineral dan juga sebungkus roti. Kemudian ada pula acara makan-makan. Semua makanan disediakan secara pot luck oleh guru-guru.

Terima kasih cikgu.... sedap semuanya

 Acara penutup adalah cabutan bertuah untuk pengumpul kutipan derma paling tinggi. Hadiah sumbangan dari pihak sekolah. Berapalah yang si abang berjaya kumpulkan ye? yang pasti, kami tak dapat hadiah pun hehehe... Inilah objektif utama jogathon ria untuk mengumpul dana bagi menyediakan lebih banyak kemudahan kepada murid-murid di samping mengeratkan hubungan antara pihak sekolah, murid-murid dan juga ibu bapa.

Mendidik anak-anak zaman sekarang memang agak berbeza dengan zaman kita dulu-dulu. Dulu, kita masih tahu bahawa mak dan abah memang sayang kat kita walaupun tiada satu acara sekolah pun yang mak abah hadiri bersama. Kita tahu mereka tetap ambil berat pasal kita walau tak pernah tanya pun kerja sekolah yang kita bawa balik. Tapi sekarang ini, kasih sayang perlu ditunjuk, perlu diluah selalu. Untuk menunjukkan yang kita prihatin dan ambil berat, kalau boleh apa sahaja aktiviti anjuran sekolah yang memerlukan kerjasama dan sokongan ibu bapa seboleh mungkin dipenuhi. Kalau tak boleh hadir dua-dua sekali, salah seorang sama ada ibu atau abah mesti kena ada. Yaaaa itu tanda sokongan, tanda kasih, tanda sayang. Sekarang, semuanya harus ada diplomasi...