Tuesday, July 27, 2010

:: Futsal ::

Arakian...pada pagi Ahad yang indah itu maka berkumpullah seluruh rakyat jelata negeri Amanputra untuk menjayakan kejohanan futsal interstreet di Pusat Komuniti Cyberjaya. Atas kerja keras para memanda menteri maka segala perancangan untuk memakmurkan negeri telah berjaya dilaksanakan. Walaupun tidak semua rakyat jelata yang menghadirkan diri, namun sekalian yang hadir itu telah berjaya memeriahkan acara. Seluruh rakyat dapat bergembira.

Kejohanan futsal terbuka ini adalah untuk penyertaan warga lelaki sahaja termasuklah anak-anak (lelaki sahaja). Maka, apakah pula peranan sekalian kaum wanita, ibu-ibu, kakak-kakak, anak-anak perempuan di majlis ini? Ya... sudah pastilah di sebalik kejayaan setiap lelaki ada wanita yang berdiri disampingnyakan.... memberi sokongan, dorongan mahupun semangat. Ya itulah yang kami lakukan. Juga menambahkan kekecohan, keriuhan dan kemeriahan di situ. Sehinggakan sebaik berakhirnya acara, suara sudah menjadi serak-serak basah dek lontaran vokal ke tahap maksimum untuk memastikan para peserta lebih bersemangat. Syabas buat semua... hishhh terlebih seronok pula...

Acara pemula... sesi pemanasan badan. Diterajui oleh orang-orang kuat para pembesar negeri... ecewahhh... kuasa wanita!


Anak bujang nan seorang ini adalah pemain import untuk team germany... majulah sukan untuk negara! Kasihan pun ada pabila dalam gelanggang, bola nan sebiji itu tiba-tiba terkena hidungnya nan sebatang. Hidung yang sedia penyet semakin penyet... huhuhu... namun kerana semangat juang yang tinggi, segala kesakitan ditahan-tahan. Kalau ikut sejarah kemanjaannya, harus meraung sudah hahaha... syabas abang kerana berjaya untuk tidak menangis kih kih kih...

Lelaki ini yang rasa dirinya sangat gagah perkasa. Memang degil...hep!!!

Aksi anak dara. Memberi pelbagai pose yang gediks.... sebab ibu juga yang ajar ni hahaha... lama-lama terserlah potensi diri kih kih kih... Ada banyak lagi pose-pose yang menarik untuk melayan kebosanan tapi cukuplah yang ini sahaja ditonjolkan.

Rupa-rupanya saya hanya menembak sekeping sahaja gambar semasa perlawanan. Itupun sebab ada orang degil yang sibuk nak main juga. Habis... yang banyak-banyak ditembak tu, gambar apa? hahaha...kerana penembak itu saya yang punya maka suka hati sayalah hendak menembak apa sahaja.

Walaupun saya berada di lokasi hingga tamat acara tetapi tidak pula saya perasan team yang mana satu yang telah menjuarai kejohanan kali ini. Hihihi... yang penting semangat kesukanan itu yang kena ada. Oh ya! bukan sekadar tingkat semangat kesukanan, malahan mengeratkan ikatan perpaduan... insyaallahhh... Salam 1 Malaysia!!!! (tiba-tiba sahaja)

Selepas ini kaum wanita pula akan berjuang untuk mengharumkan negeri.... adakah para lelaki gagah perkasa akan turut serta memberi sokongan kepada kami sepertimana kami yang telah memberi sokongan yang tidak berbelah lagi berbahagi? Kita lihat sahaja nanti.... hehehe...

Monday, July 26, 2010

:: Mega Mendung ::

Hujan petang membawa ke malam. Mengulit tidur dalam dingin yang panjang. Mengharap pagi yang hening memberi keceriaan namun angin dingin mengheret hati menjadi beku sedingin angin. Ada sesuatu masih terbuku... tersimpul rapi belum mahu terungkai.

Hati itu tetap dingin walau tengahari memberi bahang. Cuaca terik tidak mampu mengusir dinginnya hati. Hati-hati yang telah kering... kini makin kontang berdebu.
Datanglah angin... bawalah debu-debu yang menyelimuti sekeping hati itu. Araklah mega mendung yang berselubung dalam jiwa. Mendung itu tidak memberi kebahagiaan. Awan pekat gelap membawa pergi segala keceriaan.

Kerasnya hati bila ego menguasai diri. Terkadang ego akhirnya menjerat diri. Malukah diri andai menuntut untuk dimaafi? Bukan untuk kepentingan diri. Hanya ingin hidup menjadi harmoni.

Sukarkah untuk memberi maaf? Kerana manusia sering membuat silap. Bukan untuk diri sendiri. Untuk mereka yang belum mengerti.

Sukar benarkah untuk memahami? Walau betapa besarnya perbezaan. Hakikatnya perbezaan itulah yang melengkapkan.

Bagaimana lagi untuk berkata-kata? Andai hati-hati itu saling menjauhi. Keping-keping hati sedang pecah-pecah. Mahukah ia bercantum kembali?

Bertautlah hati menjadi sekeping master piece. Mendung berlalulah... hati dan jiwa ingin bahagia. Biar sekeping hati itu kembali merah dan menyala-nyala. Membara membawa pesanan cinta penenang jiwa.

Berkembanglah bunga-bunga selepas hujan berhenti. Biar sekeping hati itu turut kembang melagukan lagu indah kasih sayang.

Tuesday, July 20, 2010

:: Semangat kena ada ::

Malam tadi secara tidak rasmi telah join kumpulan bola jaring untuk penyertaan dalam satu kejohanan. Saya hadir dengan semangat untuk memberi sokongan sahaja yang sebenarnya. Alih-alih... terjadi pemain pula. Walaupun sebetulnya saya tidaklah berapa pandai sangat bermain. Dulu-dulu waktu zaman sekolah ada pernah jugalah join tapi tidaklah bersungguh-sungguh sampai mewakili sekolah ke, daerah mahupun negeri. Lagipun saya ini sangat pemalu orangnya...segan tidak kena gaya pun ada juga ni. Mungkin nanti saya duduk dalam bangku simpanan pun tidak mengapalahkan. Yang paling penting semangat kesukanan tu.... ecewahhhh...

Lepas ini bermulalah sesi latihan setiap Isnin, Selasa dan Khamis. Boleh ke hendak beri komitmen sepenuhnya ni? Insyallahhh... harap-harap bolehlah dengan sokongan en.hubby untuk menjaga anak di rumah hehehe...

Oh ya... jangan tak tahu; kumpulan pom pom girl pun ada ye untuk memberi sokongan. Dengar yang ini macam terlebih teruja pula. Tapi malangnya ahli-ahlinya hanya berumur 15 tahun ke bawah... hi hi hi... Pujuk si adik suruh join, tak hendak pula dia... malu-malu miaw-miaw konon. Padahal balik rumah dia pula yang tergedik-gedik.

GO! Amanputra GO! Kita pasti boleh!!! Ecehhh... bagi suntik semangat sikit...

Monday, July 19, 2010

:: Teringin ::

Hari ini berbuka puasa dengan juadah beli-belian sahaja. Mood memasak tidak datang sebab bahan-bahan basah di dapur kebanyakannya sudah habis. Petang semalam pula hujan turun hingga ke malam, tidak dapatlah hendak ke pasar malam membeli-belah.

Balik kerja tadi terus singgah restoran. Sementara menunggu order siap, gatal pula kaki ini melangkah masuk ke kedai kek bersebelahan. Tiba-tiba sahaja teringin hendak makan kek. Anak-anak pula yang terlebih sudah, beria-ia nakkan kek. Hmmm... teringin ni pun mungkin sebab dalam keadaan berpuasa; pantang nampak kalau boleh semua hendakkann...

Mula-mula adik minta sepotong kek strawberry tu. Akan tetapi tertera di situ kalau beli tiga hargnya rm5. Maka lebih baiklah ambil tiga (tak tahu pula berapa harga sepotong). Kemudian, jurujual cakap pula beli tiga dapat percuma satu. Sebab itulah ada empat potong kek.

Ini pula pilihan abang. Kek cawan bergambar spongebob. Puas memilih juga tu, jadi rambang mata sama ada hendak pilih gambar ben10 atau spongebob.

Alih-alih waktu berbuka tu langsung tidak disentuh kek yang dibeli. Bahagian anak-anak sudah selamat masuk ke dalam perut masing-masing. Ibu tengok anak-anak makan pun sudah rasa kenyang. Lagipun, perut ini sudah dimasukkan nasi dahulu maka yang teringin-teringin tadi tu entah hilang ke mana. Nanti-nantilah jawabnya akan menghadap kek tu.

Sunday, July 18, 2010

:: Orkid Sang Penyeri ::

Beberapa minggu lepas, waktu itu mak masih ada di sini, dia sudah perasan yang pokok orkid saya tu nampak tanda-tanda akan mengeluarkan bunga. Wahhh!!! sangat teruja. Tetapi pokok orkid tu bukan hasil tangan saya, hasil tangan mak juga. Mak tanam khas dalam pasu untuk diberikan pada saya. Saya hanya bawa balik dari SP sahaja....hehehe...

Akan tetapi saya menjaganya dengan baik ya... kalau tidak takkan sudah berjaya untuk berbunga kannn...(tak mahu mengalah juga tu). Selepas mak balik SP, hari-hari saya menjenguk sang orkid. Hai...la...cepatlah keluar bunga. Sudah tidak sabar ni. Beberapa hari lepas, sang orkid pun berbunga dengan indahnya... jeng jeng jeng...

Hari ini baru dapat ambil gambar sang bunga. Penembak saya tidak berada dalam simpanan selama seminggu. Mujur juga selepas beberapa hari bunganya masih galak menonjolkan diri. Adalah rezekinya untuk memberi pose yang menarik untuk tuannya ini.

Rancangan untuk ke Floria Putrajaya juga telah dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Kononnya hendak kesana untuk mengasah kemahiran menjadi penembak tepatlah. Tapi mungkin hajat itu tidak terlalu bersungguh-sungguh agaknya. Maka ia terbatal begitu sahaja.

:: Hujan dan lapar; ada kena-mengena? Ye... ada..ada ::

Tiba-tiba hujan turun tengahari tadi selepas awan mendung memberi amaran. Syukur alhamdulillah... hujan juga satu rahmat. Mujur juga pakaian di jemuran sempat kering tapi masih terpaksa terkocoh-kocoh berlari mengangkat kain di ampaian waktu hujan mula turun. Waktu tengahari pada hari cuti adalah waktu yang sibuk bersilat di dapur hinggakan awan sudah gelap masih berlagak biasa. Bila hujan mula menjenguk... apalagi kelam-kelibut jadinya...

Menu tengahari kami hanya biasa dan tetap menu sempoi; gulai lemak udang dan ikan goreng. Kuah lemak kuning tu, si adik memang gemar. Seronok tengok anak-anak makan kalau lauknya kena dengan selera. Adik ni, sejak lepas baik dari demam ni semakin bertambah selera makannya. Abahnya dah pesan, jangan ditegur-tegur, biarkan sahaja, biar naik sikit berat badannya tu.
Nampaknya hujan tengahari berlarutan hingga ke petang. Anak-anak pun sudah macam cacing kepanasan sahaja bila terpaksa berkurung di dalam rumah seharian. Masing-masing asyiklah mengintai keluar sebalik tingkap; agaknya dalam hati tu berdoa minta hujan berhenti.

Waktu-waktu hujan beginikan, mulalah perut ni pun asyik terasa lapar sahaja. Padahal kami makan tengahari pun sudah agak lewat, lepas Zohor macam tu. Kebetulan pula waktu asyik menonton televisyen, keluar pula iklan KFC. Tiba-tiba sahaja perut makin berkeroncong dengan lajunya. Gendang gendut, gendang gendut beralun rentak lagu yang pelbagai. Mulalah kenen-kenen dengan en. hubby. "abah, cuba abah dengar bunyi dalam perut ni. macam lapar sahajakan." En. hubby buat tak dengarr le pula. Ulang lagi skrip yang sama...en. hubby masih begitu. "Abah, tengok orang makan KFC... macam sedap je. Emmm... sedapnya le hai cheezy wedges".
Selang beberapa minit, en. hubby cakap..." Cepat siap. Ibu pakai tudung. Jom kita keluar jalan-jalan cari makan". Yey!!! akhirnya... Walau di luar sana hujan masih galak mencurah-curah, kami anak-beranak sanggup redah.

Mari kita makan KFC. Sampai rumah terus menuju ke meja makan. Tunggu apalagi, tunggu hendak ngap! sahaja. Rupa-rupanya perut masing-masing juga turut bernyanyi, bukan perut ibu seorang.

Dalam perjalanan untuk menyerbu restoran yang telah dikenal pasti, ternampak pula gerai menjual raja segala buah ini. Memandangkan en.hubby adalah penggemar tegar si raja buah ini maka beliau sudah siap-siap berhajat hendak singgah di gerai tersebut masa perjalanan balik nanti.

Maka tertunailah hajat en.hubby untuk menikmati si raja buah tadi. Ini entah kali keberapa punya hajat yang sudah tertunai. Asal nampak sahaja gerai jual durian, mulalah berhajat... tak puas-puas. Sanggup meredah hujan yang turun renyai-renyai itu.


Ni sama naik sahaja dengan abahnya. Sudah nampak tanda-tanda bakal mengikut jejak abahnya nak jadi penggemar tegar juga ni. Ibu tidaklah gemar sangat pun tidaklah tak suka sangat. Setakat rasa seulas, dua ulas, tiga ke empat ulas... macam tu... Tapi kalau si adik, dalam banyak-banyak buah, buah durianlah yang paling dia tak gemar. Tidak usahlah hendak memujuk rayu dia, memang takkan dia makan. Boleh siap cakap, buah tu tak sedap langsung....

En. hubby beli 4 biji kesemuanya. Sambil makan, dibukanya kesemua 4 biji buah durian tu. dah puas, selebihnya disimpan dalam peti sejuk. Tunggulah, tak berapa hari tu nanti kosonglah bekas tu.

Syukur alhamdulillah... atas segala nikmat dan rezeki yang Allah beri ini. Selalu hendak kena ingatkan anak-anak supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Bersyukur sebab kita masih dapat makan yang sedap-sedap, masih dapat menghirup udara yang segar walau sudah ada tanda-tanda tercemar. Itupun kadang-kadang rasa sedih juga bila anak-anak asyik buat perangai, mengamuk tidak tentu pasal kalau hajat mereka tak dapat kita penuhi. Ibu bapa sekarang terpaksa mendepani cabaran yang sangat hebat untuk membesar dan mendidik anak di zaman ini mahupun zaman akan datang kannn....

Thursday, July 15, 2010

:: Terkesima ::

Petang semalam berbuka puasa anak-beranak, macam bulan Ramadhan pula gayanya. Juadah semalam nasi lemak dan sate dari pasar malam. Macam biasa anak-anak makan berhadap televisyen, tinggal ibu dah abah sahaja di meja makan.

Tiba-tiba en. hubby memulakan perbualan yang nampak macam serius sahaja. Sebelum itu berbual hal-hal biasa sahaja.

H : Yang, mesyuarat baru-baru ni kata L*KP Sem. Malaysia akan dibubarkan.

S : Oh! ye ke...

H: Yang tinggal hanya L*KP Sabah Sarawak. Dua-dua diletakkan di bawah J*M. Isunya, bahagian ICT di L*KP Sem. Malaysia pun akan tidak ada le. Dekat Sabah Sarawak pula memang tak ada orang ICT. Maka, mesyuarat pun bersetuju yang dekat sana akan diletakkan di bawah bhg. pentadbiran am J*M di sini.

S : Mak aih...abah ni formal betul nak cerita. apa hal sebenarnya ni? (dalam hati macam dah saspen)

H : Inilah nak cerita ni. Bila dah letak bawah pentadbiran am, secara tak langsung unit ICT sini le yang kena jaga. Maka, mesyuarat juga telah sebulat suara memutuskan untuk meletakkan seorang pegawai kanan IT di sana...

S : dalam hati makin saspen ni...

H : untuk lebih spesifik, pegawai yang akan dihantar kesana tu gred 29 atau 32 yang berpengalaman. tapi sebab 29 yang ada ni masih baru, maka tinggal 32 sahajalah.

S : berpengalaman yang macamana tu? (saspen... sangat saspen...entah entah en.hubby yang kena hantar sana)

H : yang berpengalaman dalam membuat aplikasi, web dan multimedia...

S : hah! ini yang tak seronok dengar ni. jangan nak tinggalkan kami anak-beranak ye... (dah cuak dah masa ni)

H : dengar le dulu. Mula-mula Syukri yang dipilih tapi dia tolak mentah-mentah dan Dato' TKSU pun tak setuju pilih dia. jadi pilihan kedua encik Hapis le hehehe... akan tetapi tidak dipersetujui pula oleh SUB. Maka... mesyuarat pun terus bersidang lagi dan akhirnya memutuskan bahawa L*KP Sabah Sarawak akan dijaga oleh encik Hapis juga. Tapi bukan ditempatkan di sana, masih kekal di sini.

S : Fuhhhh!!! lega rasanya... ingatkan abah nak kena dok sana dah...

H : Ala...abang jaga pun bukan lama dalam setahun dua sahaja. (setahun dua dia kata tak lama?)

Saya jadi terkesima bila en. hubby buka cerita pasal ni. Tidak dapat saya bayangkan macamana kalau betul-betullah en. hubby akan ditempatkan di Sabah dan Sarawak. Macamana saya dan anak-anak di sini. Hishhh.... ngerilah hendak fikir.