
~ 1 Ogos 2009 - Housekeeping Day dan Pesta Makanan Terengganu~
Malamnya...en. hubby ajak pergi Stadium Nasional Bukit Jalil, ada Pesta Makanan Negeri Terengganu. Pesta tersebut mula jam 6 petang dan berakhir jam 11 malam. Kami kesana lepas Maghrib dan seperti yang dijangka, perkarangan stadium telah sesak dengan pengunjung. Maklumlekan...makanan yang disediakan adalah percuma selagi stok masih ada hehehe. Ini merupakan pengalaman pertama kami ke acara sebegini, sebab kami ni jenis yang tak berapa gemar nak berebut-rebut kan...inipun saja seronok nak tengok suasana. Lagipun dengan keadaan dunia yang dilanda H1N1 tentulah acara-acara terbuka macam ini bakal mengundang risiko. Itupun terpulanglah kepada diri masing-masing, pandai-pandailah menjaga diri terutamanya anak-anak kecil. Memang banyak gerai-gerai atau khemah-khemah dari pelbagai daerah negeri Terengganu yang mengambil bahagian dengan menyediakan pelbagai juadah tradisional Terengganu. Malas nak berebut, kami hanya mengunjungi satu khemah saja dan dapatle merasa laksa(kuah putih), nasi impit+serunding ikan+kuah kacang dan juga lemang serta rendang. Kemudian pandai-pandaile kami cari port untuk makan. Makanan memang sedap dan lazat. Cuma itulah kannn...tak sanggup nak beratur, berebut bagai... Sambil makan-makan, dihiburkan pula dengan nyanyian dari penyanyi yang berasal dari Terengganu antaranya Saleem(Iklim) dan Anis Soraya. Lepas makan, kami berkunjung pulak ke khemah buah-buahan, rambutan ada, dokong ada, durian pun ada... kalau sanggup bolehle makan sampai puas. Satu perkara yang tak berapa sedap mata saya memandang dan saya kira semacam dah jadi satu budaya masyarakat kita, kalau benda percuma ni, kalau boleh nak angkut bawa balik satu lori. Dah le berebut macam tak pernah dapat semua tu, siap bawa plastik pula nak bungkus bawa balik. Kalau setakat sebungkus dua tu mungkin tak kisah le kot, mungkin nak jamu sedara-mara ke, jiran-jiran ke, rakan taulan yang tak boleh nak datang kannn. Ini ada juga yang ambil guni, plastik sampah(warna hitam tu), lepas satu...satu diorang masukkan buah-buah sampai penuh guni. Gayanya dah macam nak bawa balik berniaga le pula. Kalau nak diikutkan setakat mana sangat le kita ni nak makan kan... tapi tulah kan dah namanya percuma kot... angkut selagi terdaya walaupun dah tahu buah-buahan ni bukannya tahan lama sampai berhari-hari...alih-alih buah dah busuk haaa ke tong sampah juga le tempatnya.

Saleem Iklim tengah nyanyi lagu apa ntah
Kami balik dalam pukul 10, sebelum sampai rumah singgah Mamak Baraketh pekena Chicken Chop dengan Nescafe Ais. Oooppsss...en.hubby sempat juga sambar dua biji buah durian bawa balik hahaha...kecik comei je buahnya. Tapi kecik bukan sebarang kecik, buahnya teramatle moleknya. Merasale anak-beranak...~ 2 Ogos 2009 - Kesilapan yang kecil beri impak besar ~
No comments:
Post a Comment