Wednesday, August 18, 2010

:: Adik hebat ::

Pada ramadhan ke 7 lalu, adik telah mengundang rasa kekaguman ibu dan abah dengan semangat adik untuk berpuasa satu hari. Pagi itu adik telah berjaya bangun untuk bersahur dan berpuasa pada siang harinya.


Walaupun di hujung-hujung waktu adik sudah tidak mampu untuk bertahan, ibu tetap bangga dengan adik. Memang adik tidak berjaya dapat 1 hari tapi puasa adik pecah pun sudah masuk jam 6.30 petang. Lagi satu jam sahaja hendak sampai waktu berbuka sebenarnya. Jadi, kalau adik berada di kawasan Sabah dan Sarawak, boleh kira dapat satu hari penuhla kan hehehe....

Tetapi, macamana adik boleh terbuka puasa sebelum tiba waktu? Hmmm...petang itu selepas sampai rumah adik mula merengek-rengek minta hendak makan. Dia asyik cakap "adik dah tak tahan perut dah ni". Lepas tu dia mula menangis... mula-mula tu perlahan sahaja, makin lama makin kuat pula. Segala pujukan dan rayuan tidak lagi berkesan. Tangisan adik semakin kuat hampir mencapai tahap meraung. Maka, dengan tidak sampai hati melihat adik, terus ibu suruh adik ngap sahajalah...

Hari ini adik cuba lagi. Pagi tadi adik bangun bersahur. Insyaallah hari ini adik hendak puasa sehari juga. Antara sebab yang mendorong untuk adik berpuasa juga kerana cikgu taska adik akan beri jajan setiap seorang yang berpuasa. Ohhh....alkisahnya, patutlah bersemangat walau hakikatnya perut tidak berapa dapat hendak menahan lapar kannn...


Tidak mengapalah kan... sekurang-kurangnya sedikit ganjaran itu adalah sebagai pendorong anak-anak belajar berpuasa. Saya kira tidak ada salahnya pun.


No comments: