Friday, August 13, 2010

:: Aktiviti... aktiviti... aktiviti::

Banyak betul aktiviti yang berlaku beberapa hari sebelum menjelangnya bulan puasa. Dek kerana itu juga saya seakan hilang segala tenaga dan upaya untuk menulis waima bercerita apa-apa pun di sini. Syukur alhamdulillah sejak mula berpuasa tenaga dan upaya sudah kembali pulih dan normal seperti biasa.

~ Sambutan harijadi si abang ~

Si abang genap 8 tahun pada 31 Julai yang lalu. Kebetulan tarikhnya jatuh pada hari cuti maka dapatle sambut dengan terancang sikit. Itupun sambutan hanya secara kecil-kecilan sahaja.


Kami buat makan-makan pada petang Sabtu 31hb tu. Adalah jemput anak-anak jiran sebelah, depan rumah. Biar si abang rasa gembira sambut harijadi dengan kawan-kawan. Menu petang itupun hanya yang mudah-mudah sahaja... yang wajibnya haruslah kek harijadi kan...


Pagi Sabtu tu sempat juga ibu dan abah belanja abang main bowling. Puas hati dapat main sampai 3 game.... walaupun abang sekadar juara longkang hahaha... pun tidak mengapa ye abang, sebab itu adalah pertama kali.


Ibu dan abah doakan abang semoga menjadi anak yang berjaya dunia mahupun akhirat, menjadi umat yang taat pada perintahNya...insyaallahhh...


~ Bekerja di luar kawasan ~

Awal Ogos saya ke Sandakan dan KK atas urusan kerja. Keputusan yang dibuat disaat-saat akhir namun segalanya berjalan lancar. Walaupun ada sikit-sikit isu di sana dan di sini tapi oklahhhh...


~ Bola jaring ~

Balik sahaja dari Sabah, esoknya ada perlawanan bola jaring pula di Putrajaya. Sudah tentu mewakili Amanputra. Walaupun kami tidak berjaya ke pusingan kedua, tapi kami tetap bangga dengan semangat komuniti kami.


Seawal jam 7.30 pagi sudah berkumpul di MPC dan bergerak sama-sama ke Putrajaya. Ala-ala rombongan cik kiah le pula siap dengan segala bekalan dan minuman. Anak-anak, suami-suami turut serta memberi sokongan yang tidak berbelah dan berbahagi. Kumpulan pom pom girl pun semuanya bersemangat dan comel-comel belaka.... mereka sudah jadi orang popular gitu hehehe....



Kami pulang dengan kejayaan yang hanya kami sahaja dapat merasainya. Ada juga kepuasan walaupun keesokkannya seluruh badan terasa sengal-sengal, kejang sana kejang sini. Semua itu diharungi dengan tabah.... ecewahhh...

Malam itu sempat lagi berbarbecue bersama-sama rakan sebola jaring.... semuanya ditaja oleh coach yang sangatlah baik hati malah sangat kuat daya tahannya... (tak letih ke kak nani... balik masak nasi beriyani dan gulai kambing lagi?) Apa pun terima kasih banyak-banyak... makanan adalah sangat sedapppp....


No comments: