Monday, August 16, 2010

:: Kononya ::

Hari Sabtu kononnya en.hubby membuat aktiviti pembersihan dan pengemasan rumah secara besar-besaran, alih-alih dia pula terpaksa bekerja sepanjang hari. Maka, tinggallah saya dan anak-anak di rumah. Acara mengemas pun terjadi secara kecil-kecilan sahaja di samping rutin-rutin biasa hari cuti.

Rupa-rupanya berpuasa pada hari cuti lebih mencabar buat abang. Kalau hari-hari biasa ni, dia akan merengek-rengek dahaga selepas pulang dari sekolah KAFA. Itupun waktu dah pukul 6 petang lebih lebih. Kiranya pujuk-memujuk untuk bertahan hingga waktu berbuka tidaklah begitu sukar. Tapi tidak bila hari cuti ye... sebabnya mula seawal 12 tengahari lagi dia sudah mula merengek-rengek...huhuhu... Bayangkanlah pujuk-memujuk yang berlaku secara berterusan sehingga lewat petang. Ianya memberi tekanan perasaan tersendiri dalam jiwa rasa saya. Saya menyuruhnya bersabar untuk terus bertahan... tetapi saya juga hampir hilang sabar melayan kerenahnya itu. Lebih-lebih lagi kalau si adik pula sedap sahaja makan di hadapan abangnya. Gelodak perut yang lapar tidak dapat mencerna akal fikiran yang waras lagi.... maka abang pun akan mula memarahi adik sambil merengek-rengek macam hendak menangis. Sabar saja lahhhh....

Syukur alhamdulillah sehingga hari ini abang masih belum pecah puasanya walau dia terpaksa mengharungi cabaran dahaga yang terlampau.

Disebabkan kami tidak kemana-mana pada hari Sabtu, maka juadah iftar pun adalah dari air tangan ibu yang tidak berapa lulus lagi perihal masak-memasak ini. Menu berbuka kari daging + ayam goreng + sayur terung goreng. Balik dari kerja en. hubby beli bubur lambuk dengan roti john. Alhamdulillahhh...

~ Ahad 5 Ramadhan ~

Hari Ahad kami sekeluarga membuat kunjungan mesra berbayar ke Mydin Subang. Seawal jam 11 pagi lagi sudah berada di sana sambil berjalan-jalan, sambil memikirkan bagaimana wang harus dialirkannn(macam le banyak sangat duit...hehehe...). Adalah sedikit sebanyak berlakunya pengaliran keluar wang...boleh tahan le juga. Yang penting misi mencari baju raya en.hubby dan abang telah berjaya terlaksana. Bagi saya yang penting harga berpatutan dan kualiti pakaian masih memuaskan. Paling penting juga bagi en.hubby, biarlah ianya selesa dipakai.


Hari ini tidak berlaku acara masak memasak kerana ibu telah diberi cuti oleh en.hubby. Maka berkunjunglah kita ke pasar ramadhan untuk misi mencari juadah berbuka pula. Destinasi kali ini adalah ke pasar ramadhan bangi (yang dekat-dekat dengan UKM tu). Kawasannya tidaklah begitu besar tapi yang kami cari ada di sini dan rasanya... alhamdulillahhhh sedap...


Hari ini juga, sebagai memenuhi permintaan abang, ibu telah membuat air sirap bandung laici sebagai minuman berbuka seluruh keluarga... pun sedap juga tau hihihi....

No comments: