Saturday, August 14, 2010

:: Cerita Puasa ::

Sekejapan sahaja masa berlalu kan... hari ini sudah masuk hari keempat kita berpuasa. Syukur alhamdulillahhhh... Si abang pun masih bertahan, harapnya dia akan dapat berpuasa penuh tahun ini... insyaallah.

Apa cerita puasa kali ini ya?

~ Hari pertama ( 1 Ramadhan ) ~

Saya dan en. hubby bercuti. Hari ini saya bawa kereta pergi servis manakala en.hubby pula bawa mr.greennya juga untuk diservis. Anak-anak tidak tahu walaupun awal pagi sudah diterjah pelbagai soalan oleh si adik dek kehairanan melihat ibu dan abah berpakaian lain dari biasa. Mujur juga segala soalan berjaya ditangkis hehehe...

Cadangnya hendak memasak untuk iftar pertama ini, namun biasalahkan kita manusia hanya mampu merancang. Sewaktu di bengkel, menerima panggilan telefon dari seorang kenalan yang menjemput kami sekeluarga berbuka di rumahnya. Hmmm... serba salah sebenarnya, tapi tidak sampai hati pula hendak menolak. Maka iftar pertama kami berlangsunglah di rumah kenalan ini beramai-ramai.

Tuan rumah menyediakan menu utama; nasi putih + asam pedas ikan + sayur-mayur (3 jenis kesemuanya termasuklah ulam-ulaman dan sambal)+ gulai kambing. Yang lain-lain ada yang bawa kuih-muih, air... saya dan en.hubby hanya membawa bubur lambuk. Syukur alhamdulillah.... meriah sungguh iftar pertama kami.

~ Hari kedua ~

Sejak 2 hari berpuasa, cuaca sangat panas kannn... kita yang dewasa ni kira boleh tahan lagi cuma ada juga rasa letih sikit. Tapi si abang, kesian pula melihatnya... asal petang balik dari sekolah KAFA asyik merungut dahaga. Pujuk lah suruh bertahan.... sikit masa saja lagi abang... sabar...sabar...dan sabar...

Untuk iftar hari kedua ini memang sudah rancang untuk memasak sahaja di rumah. En.hubby hanya membeli sejenis dua kuih-muih sahaja di pasar ramadan. Menu hari ini gulai lemak kuning siput lala (anak-anak cukup suka ni) + kerang bakar ( beli di pasar ramadan hari sebelumnya tapi tak sempat nak makan) + ayam goreng.

Alhamdulillahhh.... rasa puas kalau menjamu anak-anak dan suami dengan air tangankannn... walau menunya hanya yang mudah-mudah sahaja.

~ Hari ketiga ~

Sejak awal pagi sudah berlegar-legar dalam kepala, menu apa yang akan dimasak hari ini. Maka petangnya telah berjaya merealisasikan apa yang dirancang.

Menu iftar hari ini; ayam masak merah + udang goreng kunyit + sayur buncis goreng bersama telur. Hampir waktu berbuka, tiba-tiba ada rakan en.hubby hantar kari ikan... wahhhh... rezeki. Meriah pula tengok meja makan. Untuk kuih, en.hubby beli roti jala.... sedap sedap.... syukur alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri.


Bersyukur sangat-sangat kerana tahun ini saya dapat menyediakan juadah berbuka sendiri. Bukan sahaja lebih jimat malahan ada rasa kepuasan di situ. Moga Allah beri saya kekuatan untuk hari-hari yang seterusnya....insyallahhhh....

No comments: