Wednesday, October 13, 2010

:: Abang pula demam ::

Termasuk hari ini, sudah 3 hari abang tidak ke sekolah... dapat cuti sakit. Abang mula demam sejak tengahari hari Ahad lagi ( hari ibu dan abah dating tu lah), tapi tunggu sampai ibunya balik baru nak makan ubat.

Abang ni satu juga masalah dia.... susah susah susah sangat nak makan ubat. Puas berperang, berhempas pulas hendak masukkan ubat dalam mulut dia tu tau. Ibu sangat tertekan jadinya huhuhu... Sudah habis bab seksa waktu makan ubat....malam tu demam abang masih belum kebah sampai awal pagi hari Isnin. Maka terpaksalah untuk tidak ke sekolah dan en.hubby pun menawarkan diri menjaga abang di rumah sebabnya... baki cuti ibu tahun ini pun dah tak banyak kannn....

Hari Isnin, masih demam.... tiada perubahan. Maka, malam tu pergi klinik ambil ubat lain. Terus abang dapat cuti sakit 2 hari. Masalah makan ubat masih berterusan, siap muntah-muntah lagi setiap kali tiba sesi makan ubat. Hampir 30 minit masa diambil untuk makan sejenis ubat sahaja. Mujur juga le ubatnya 2 jenis sahaja.... ubat demam dan antibiotik.... ni jenis cecair. Ini antara dialog-dialog yang keluar dari mulut masa sesi paling seksa itu...

ibu : ok abang... jom kita makan ubat. Abang nak baik cepat kannn... kena makan ubat (masa ni nada suara masih lembut dan memujuk)

abang : kejap ibu... izzuddin nak minum air dulu

ibu : ok...


abang : bismillahirrahmanirrahimmm.....

ibu : ok, buka mulut

abang : kejap ibu, kejap.... Allahum Maa Baariklana Fiima razakhtana Waakhinaa A'zabannarrr...

ibu : dah boleh? ok...buka (tapi boleh dia mengelak muka dia ke lain).... sabar sabar...

abang : errr.... kejap ibu... jangan la paksa.

ibu : mana ada ibu paksa. makan perlahan-lahan laaa...

abang : ibu ni.... kejap la. izzuddin nak fokus ni. nak bagi tumpuan...


ibu : hah! nak fokus apa pula dah? awak nak cepat baik kannn... makan lah ubat ni... (volume dah tinggi sikit ni)


abang : ok... ok... bismillahirrahmanirrahimmmmm... (tapi muka menghala ke lain juga)

ibu : Ya Allahhh.... abang.... tolonglah ibu, tolonglah makan ubat... macamana nak baik kalau tak makan...

abang : ok...ok... abang kuat... abang kuat.... abang boleh macam Bakugan.... bakugan boleh ye bakugan boleh

ibu : hah! dah tukar jadi bakugan pula dah.... bila nak selesai makan ubat ni sayang oi!!!

Akhir sekali, minta tolong en.hubby....dan dengan paksaan menyumbat ubat masuk mulut abang. Masa tu dia sudah meraung-raung menangis. Hoh!!! geram sungguhhhhh!!!! Kadang tu rasa nak gelak pun ada juga hishhh....
Bangun pagi tadi.... rasa badan abang masih dedar dedar.... Hmmmm demam lagi ni. Dia pun cakap, tak boleh nak bangun, rasa pening-pening. Kesian pula tengok dia. Maka hari ini ibu pula yang bercuti. Lepas sarapan bawa dia ke klinik semula. Kali ini saya minta ubat jenis tablet pula sebab susah sangat nak menelan ubat cecair tu kannnn....

Sekarang ni nampaknya alhamdulillahhhh sudah berpelu-peluh. Harap-harap esok dah boleh pergi sekolah.

2 comments:

zmah said...

Selalunya seorang demam yang lain akan menyusul.

Nurilhami said...

hi zimah... tulah, sekarang ni ibu pula yg demam, selsema batuk segala. si abg dah baik.