Wednesday, October 27, 2010

:: Minggu yang macam-macam ::

Minggu ini rasa macam kelam kelibut sikit. Macam-macam yang kena buat, macam-macam kena hadapi...pendek kata aktiviti sangat padat. Satunya... si abang ada peperiksaan akhir tahun sepanjang minggu ini. Yang ini memang tak boleh dibiarkan. Kalau kita tak duduk sama dengan dia buat ulangkaji, memang ke lautlah dia jawabnya. Budak lelaki kan.... bukannya rajin sangat. Ibu pula yang jadi risau berlebihan. Nak minta tolong en.hubby pun dah tak boleh sebab abahnya sendiri sibuk dengan kelas. Kelasnya penuh juga sepanjang minggu sampai hari Jumaat.

Maka secara tak langsung ibu terpaksa ambil-alih... mana dengan nak masaknya, basuh bajunya, buat ulangkaji dengan abang. Tambah lagi aktiviti ibu tiap-tiap malam dalam minggu ni kena berlatih bola jaring. Pening dan penat ibu dibuatnya. Nak tarik diri pun dah tak boleh sebab orang dah letak nama, serba-salah nak menolak. Nak ponteng latihan pun tak boleh juga sebab hujung minggu dah nak lawan. Stamina nak kena jaga juga kannn... kalau tak ada latihan, mau nanti masa lawan pengsan tak bangun bangun pula. Ohhhhh!!!! tidak!!!....

Badan ni baru saja dalam proses pemulihan dari segala sakit dan penyakit. Suara masih serak-serak basah dah macam suara Ella. Kepala masih pusing-pusing. Berusahalah ni menggagahkan diri.

Ya Allah.... kupohon kekuatan dan kesihatan yang maksimum dariMu. Semoga aku dapat menghadapi segalanya dengan baik dan lancar.... insyaallahhhh....

Ya Allah... kupohon juga kejayaan buat anakku dalam peperiksaannya kali ini. Terangkanlah hati dan bukakanlah mindanya seluas-luasnya. Semoga kejayaan bersamanya... insyaallahhh...

No comments: