Friday, October 29, 2010

:: Darjah pembacaan turun menjunam ::

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini saya hanya memandang sepi kepada buku yang setia bersusun di atas rak itu. Berlalu terus melintasi buku-buku itu tanpa ada rasa untuk menyentuhnya, meneleknya... apatah lagi untuk membacanya. Kemana rasa keterujaan itu setiap kali membeli buku baru? Kejemuan pada bukukah?

Sejak beberapa hari ni saya mula rasa rindu, teringat-ingat pada barisan buku-buku yang masih belum dibaca. Namun masih belum ada rasa untuk membacanya. Ada sisa rasa bersalah kerana telah mengabaikan mereka. Cinta sudah beralih arah kah? Ohhh.... tidakkk!!! jangan dialih cinta itu, jangan dibunuh rasa sayang itu. Saya masih perlukan mereka.

Saya tidak mempunyai sebarang alasan kenapa mereka dibiarkan begitu untuk sekian lama. Hendak di kata sibuk, sebelum ini pun saya sibuk tapi masih mampu mencuri ruang. Hendak kata tiada masa, sebelum ini pun rasa masa itu tersangat singkat tapi masih mampu mencuri-curi sedikit masa. Lalu apa lagi alasannya....saya hilang kata-kata.

Saya masih memujuk hati ini. Ingin dibuang kejemuan itu. Ingin rasa teruja kembali seperti dulu.... teruja dengan bau buku, teruja nak menghabiskan bacaan... teruja nak beli buku baru...

Pulangkan.... pulangkan...rasa itu...

Thursday, October 28, 2010

:: Jom kita mandi ::

Setelah penat-penat membaling bola bowling pada hari Sabtu malam Ahad... awal-awal pagi keesokkannya kami layan pula acara bermandi-manda sambil berkelah di tepian sungai.... eceh...

Rasanyalahkan sudah agak lama juga tak bawa anak-anak bermandian sama ada di kolam atau sungai atau di tempat-tempat yang sewaktu dengannya melainkan hanya di bilik mandi. Kesian pula tengok budak 2 orang tu pakai google sambil berenang-renang atas lantai dalam bilik mandi. Serius....sangat syahdu tengok hihihi... Jadi en.hubby pun merancanglah aktiviti berkelah di pantai yang indah opppssss bukan pantai tapi sungai saja hahaha... tak boleh mandi pantai sebab nanti muka ibu jadi gelap, muka anak-anak jadi gelap tak mengapa hahaha...

Aktiviti ini pun sudah dirancang lama, jadi kalau nak ikut keadaan kesihatan memang macam tak sanggup nak ikut serta tapi kesian pula dengan anak-anak sebab dah berjanji kan. Maka haruslah ditepati, kalau tidak 10 tahun dia ungkit tak sudah-sudah...
Bersama beberapa orang rakan rapat kami bercadang memasak secara pot luck. Masing-masing bawa bekal nanti sampai kita kasi makan ramai-ramai. Seawal jam 7 pagi kami bertolak dan gerak bersama-sama. Waktu itu hujan sedang turun dengan agak lebat juga. Mula-mula saya macam risau jugakkan... macamana nak berkelah.... mandi dan manda dalam hujan... tapi en.hubby kata nanti hujan berhentilah tu.... emmmm ok... saya pun diam sajalah...

Di manakah lokasi kejadian sebenar ye? Yaaa....mengambil masa hampir 45 minit perjalanan kami pun sampailah ke tempat dituju... Sungai Pinang, jalan lama menuju ke Genting Highland melalui Ulu Yam. Lokasinya memang atas lagi pada Ulu Yam, dah hampir sangat dah dengan Genting Highland. Syukur alhamdulillahhhh sewaktu kami sampai hujan sudahpun berhenti. Waktu ni, anak-anak memang sudah terlebih excited... siap menjerit tergedik-gedik, terover dose... Yang mak bapak ni punyalah sibuk mengangkut barang, diorang dah berlari-lari... terlompat-lompat... sabar jelahhh...

OK... dah sampai tapak perkelahan.... kita bentang tikar.... susun-susun apa yang patut. Sementara itu, kaum bapa sibuklah memasang khemah. Alkisahnya khemah itu adalah khemah yang baru dibeli dan belum dirasmikan lagi pun. Hmmmm.... patutlah beria-ia ajak berkelah dalam hutan sebab hendak menunaikan hajat untuk upacara perasmian khemah baru rupanya hik hik hik... tak mengapalah juga kan... bolehlah mak-mak ni tumpang sekaki dua kaki. Lagipun senang sikit nak tukar baju segala kannn...




Jadi apa pengisian sepanjang kita berkhemah tepi sungai itu? Ohhhh... tidak lain dan tidak bukan malah tidak perlu diragui lagi.... sudah semestinyalah acara mandi-mandi berbasahan dan juga acara mengisi perut yang lapar setelah puas berendam hehehe... Jangan risau, bekalan yang dibawa adalah sangat mencukupi malah siap berlebihan lagi bawa balik makan sampai malam. Hehehe memang terlampau....




Mandi air sungai yang sangat sejuk selepas hujan memang mengujakan. Sampai terketar-ketar seluruh badan, bibir mulus berwarna merah bertukar kebiru-biruan.... itulah dia kepuasan. Melepaskan segala tekanan, sakit-sakit mahupun penyakit, mendamaikan jiwa yang sekian hari bergelodak... Lupakan yang sakit, yang resah, yang pedih, yang sedih...ecewahhh... lepas tu sampai rumah sambung balik segala rasa yang berserabut jiwa hahaha...


Yang paling penting.... anak-anak belajar menikmati keindahan panorama, flora dan fauna alam ciptaan Yang Esa. Biar mereka belajar untuk menghargai dan memelihara nikmat dari Allah yang tiada bandingannya ini. Biar mereka merasai dan mengamati bahawa keindahan inilah yang harus mereka kekalkan selagi hayat dikandung badan. Tapi hakikatnya.... mengertikah mereka? Tahukah mereka akan tanggungjawab yang bakal mereka galas? Tersentuhkah jiwa mereka melainkan hanya merasa keseronokan semata? Moga satu hari nanti mereka akan mengerti dan belajar memahami sebelum segalanya menjadi terlambat... insyaallahhhh....


Lepas ini kita rancang untuk bermalam pula ye... kan dah ada khemah besar tu.... hihihi.... bisakah? Kalau dapat bermalam lagi dia punya feel tu makin meresap kannnn hehehe...


Wednesday, October 27, 2010

:: Layan bowling ::

Sabtu lepas saya dan en.hubby melayan kejohanan bowling amanputra di Alamanda. Kami berpasangan melawan 17 pasangan lain walaupun kami berdua dalam keadaan yang tidak berapa sihat.... eceh...alasan hik hik hik...

Kejohanan ini telah lama diwar-warkan sejak sebelum puasa lagi. Jadi memang dah bagi nama awal-awal. Tetapi bila hampir tiba dengan tarikh kejohanan, masing-masing sudah demam la pula. Hampir-hampir menarik diri dari kejohanan bila memikirkan keadaan diri yang tidak berupaya ini. Keputusan untuk turut serta ni pun dibuat di saat-saat akhir. Mujurlah boleh diterima lagi. En.hubby kata saja seronok seronok. Memang seronok pun hehehe....

Malam tu kami main 3 game. Adus!!! rasa nak tercabut segala urat tangan... kaki... paha bagai. Kami hanya berjaya menduduki tempat keempat. Hadiah hanya disediakan untuk tempat pertama hingga ketiga sahaja. Cis!!! nyaris-nyaris dah nak dapat hadiah.... agaknya kalau kami berdua dalam keadaan sihat walafiat mungkin keputusannya berbeza hahahaha.... alasan lagi keh keh keh...

Walau apapun keputusannya... kami sangat gembira dan enjoy! Yang penting kemesraan yang terjalin di gelanggang bowling diteruskan hingga ke restoran Baraketh pula hihihi... Siap boleh buat post mortem kejohanan lagi sambil makan makan... gelak gelak...

Tetapi ada sedikit catatan malang buat saya malam itu selepas balik dari Baraketh. Malas pula nak cerita apa ceritanya sebab kesannya sudah hampir hilang walau ada rasa sakit sikit-sikit hehehe...

:: Minggu yang macam-macam ::

Minggu ini rasa macam kelam kelibut sikit. Macam-macam yang kena buat, macam-macam kena hadapi...pendek kata aktiviti sangat padat. Satunya... si abang ada peperiksaan akhir tahun sepanjang minggu ini. Yang ini memang tak boleh dibiarkan. Kalau kita tak duduk sama dengan dia buat ulangkaji, memang ke lautlah dia jawabnya. Budak lelaki kan.... bukannya rajin sangat. Ibu pula yang jadi risau berlebihan. Nak minta tolong en.hubby pun dah tak boleh sebab abahnya sendiri sibuk dengan kelas. Kelasnya penuh juga sepanjang minggu sampai hari Jumaat.

Maka secara tak langsung ibu terpaksa ambil-alih... mana dengan nak masaknya, basuh bajunya, buat ulangkaji dengan abang. Tambah lagi aktiviti ibu tiap-tiap malam dalam minggu ni kena berlatih bola jaring. Pening dan penat ibu dibuatnya. Nak tarik diri pun dah tak boleh sebab orang dah letak nama, serba-salah nak menolak. Nak ponteng latihan pun tak boleh juga sebab hujung minggu dah nak lawan. Stamina nak kena jaga juga kannn... kalau tak ada latihan, mau nanti masa lawan pengsan tak bangun bangun pula. Ohhhhh!!!! tidak!!!....

Badan ni baru saja dalam proses pemulihan dari segala sakit dan penyakit. Suara masih serak-serak basah dah macam suara Ella. Kepala masih pusing-pusing. Berusahalah ni menggagahkan diri.

Ya Allah.... kupohon kekuatan dan kesihatan yang maksimum dariMu. Semoga aku dapat menghadapi segalanya dengan baik dan lancar.... insyaallahhhh....

Ya Allah... kupohon juga kejayaan buat anakku dalam peperiksaannya kali ini. Terangkanlah hati dan bukakanlah mindanya seluas-luasnya. Semoga kejayaan bersamanya... insyaallahhh...

Friday, October 22, 2010

:: Dah berkurun baru nak cerita :

Ini pasal cerita dating dengan en. hubby hari tu lah ni. Cerita pun dah macam nak basi tapi tak mengapalahkan. Disebabkan banyak hal yang terjadi dalam 2 minggu kebelakangan ini maka terpaksalah ditangguhkan. Ini baru ada peluang, ruang dan daya upaya untuk bercerita.


Alkisahnya tanggal 10.10.2010 yang lalu, kami telah bersama-sama memeriahkan konvoi team Kawasaki ke Motor GP. Itulah dia... Tidak pastilah berapa biji motor yang ikut berkonvoi tapi dalam beratus juga.



Dari Puchong ada lah dalam 7 ke 8 buah. Awal-awal pagi berhimpun di restoran Pelita (dekat IOI) untuk sarapan. Lepas sarapan terus gerak ke Chear Motor di Klang, berjumpa dengan team Kawasaki yang lain. Kemudian, dari Klang baru konvoi beramai-ramai ke Sepang. Masa di Klang, diberi siap-siap tiket Motor GP (Main Grand Stand tau), t-shirt Kawasaki (saiz XL....cis!) dan kupon makan tengahari (KFC je).


Sampai di Sepang... parking khas untuk team Kawasaki telah siap disediakan, depan pintu masuk saja. Lepas dah parking tu haaa.... buatlah acara masing-masing sampai ke petang habis Motor GP. Masa buat acara masing-masing ni la yang paling best kan sebab dapat dating-dating dengan en.hubby sambil ambil-ambil gambar....pegang-pegang tangan....peluk-peluk pinggang....ecewahhh...melampaukannnn....hik hik hik....



Hari yang kami dating ni...agak-agaknya si abang dan adik tu manalah kami letak ek? Hehehe... ini dah siap booking maksu terchenta lah. Mujur maksu tidak berhalangan pada hari kejadian maka dapatlah ibu dan abah berdating macam dulu-dulu. Terima kasih banyak-banyak dengan maksu.

Monday, October 18, 2010

:: Lega ::

Syukur alhamdulillah.... si abang sudah baik dari demam. Batuk-batuk tu masih ada. Seminggu minggu lepas tidak dapat hadir ke sekolah...sepanjang minggu tu juga dia hanya terbaring tidur sahaja tidak bermaya. Hanya semalam dia bangun dan bermain di luar rumah, cukup lega hati ibu.

Manalah tak lega, sebab beberapa hari lepas hampir 4 kali abang di ambil darah untuk ujian denggi. Sekali di hospital Serdang, 2 kali di klinik kesihatan dan kali keempat di hospital Putrajaya. Akhirnya ujian darah adalah bersih, tidak menunjukkan tanda-tanda demam denggi. Syukurrrrr.....

Tapi sekarang, ibu sudah terjangkit virus. Sejak Sabtu hingga Ahad terbaring tak boleh bangun. Sakit satu badan....sengal-sengal. Hari ini dapat MC, rehat satu hari di rumah. Demam sudah berkurang, batuk masih ada. Nampak gaya macam en.hubby pun sudah ada tanda-tanda terjangkit juga tu. Hmmmm....janganlah terkena pada si kecil tu pula insyaallahhhh....

Walau apa pun, penyakit yang datang adalah ujian kan. Tanda Dia masih sayangkan kita, mengingati kita, dan semoga kita juga sentiasa mengingatiNya sama ada semasa sakit mahupun semasa sihat.

Wednesday, October 13, 2010

:: Abang pula demam ::

Termasuk hari ini, sudah 3 hari abang tidak ke sekolah... dapat cuti sakit. Abang mula demam sejak tengahari hari Ahad lagi ( hari ibu dan abah dating tu lah), tapi tunggu sampai ibunya balik baru nak makan ubat.

Abang ni satu juga masalah dia.... susah susah susah sangat nak makan ubat. Puas berperang, berhempas pulas hendak masukkan ubat dalam mulut dia tu tau. Ibu sangat tertekan jadinya huhuhu... Sudah habis bab seksa waktu makan ubat....malam tu demam abang masih belum kebah sampai awal pagi hari Isnin. Maka terpaksalah untuk tidak ke sekolah dan en.hubby pun menawarkan diri menjaga abang di rumah sebabnya... baki cuti ibu tahun ini pun dah tak banyak kannn....

Hari Isnin, masih demam.... tiada perubahan. Maka, malam tu pergi klinik ambil ubat lain. Terus abang dapat cuti sakit 2 hari. Masalah makan ubat masih berterusan, siap muntah-muntah lagi setiap kali tiba sesi makan ubat. Hampir 30 minit masa diambil untuk makan sejenis ubat sahaja. Mujur juga le ubatnya 2 jenis sahaja.... ubat demam dan antibiotik.... ni jenis cecair. Ini antara dialog-dialog yang keluar dari mulut masa sesi paling seksa itu...

ibu : ok abang... jom kita makan ubat. Abang nak baik cepat kannn... kena makan ubat (masa ni nada suara masih lembut dan memujuk)

abang : kejap ibu... izzuddin nak minum air dulu

ibu : ok...


abang : bismillahirrahmanirrahimmm.....

ibu : ok, buka mulut

abang : kejap ibu, kejap.... Allahum Maa Baariklana Fiima razakhtana Waakhinaa A'zabannarrr...

ibu : dah boleh? ok...buka (tapi boleh dia mengelak muka dia ke lain).... sabar sabar...

abang : errr.... kejap ibu... jangan la paksa.

ibu : mana ada ibu paksa. makan perlahan-lahan laaa...

abang : ibu ni.... kejap la. izzuddin nak fokus ni. nak bagi tumpuan...


ibu : hah! nak fokus apa pula dah? awak nak cepat baik kannn... makan lah ubat ni... (volume dah tinggi sikit ni)


abang : ok... ok... bismillahirrahmanirrahimmmmm... (tapi muka menghala ke lain juga)

ibu : Ya Allahhh.... abang.... tolonglah ibu, tolonglah makan ubat... macamana nak baik kalau tak makan...

abang : ok...ok... abang kuat... abang kuat.... abang boleh macam Bakugan.... bakugan boleh ye bakugan boleh

ibu : hah! dah tukar jadi bakugan pula dah.... bila nak selesai makan ubat ni sayang oi!!!

Akhir sekali, minta tolong en.hubby....dan dengan paksaan menyumbat ubat masuk mulut abang. Masa tu dia sudah meraung-raung menangis. Hoh!!! geram sungguhhhhh!!!! Kadang tu rasa nak gelak pun ada juga hishhh....
Bangun pagi tadi.... rasa badan abang masih dedar dedar.... Hmmmm demam lagi ni. Dia pun cakap, tak boleh nak bangun, rasa pening-pening. Kesian pula tengok dia. Maka hari ini ibu pula yang bercuti. Lepas sarapan bawa dia ke klinik semula. Kali ini saya minta ubat jenis tablet pula sebab susah sangat nak menelan ubat cecair tu kannnn....

Sekarang ni nampaknya alhamdulillahhhh sudah berpelu-peluh. Harap-harap esok dah boleh pergi sekolah.

Monday, October 11, 2010

:: Nak cerita juga ::

Saya nak cerita pasal semalam...semalam yang bertarikh 10.10.10. Tarikh yang istimewa ke? Emmm...mungkin bagi sesetengah orang tarikh ini sengaja dipilih untuk memahatkan sesuatu acara atau majlis atau peristiwa yang paling istimewa dan paling bersejarah dalam hidupkan. Yelah...mudah pula untuk diingati kannn...

Belum terlambat agaknya ye kalau hendak memahatkan juga tarikh semalam sebagai yang harus saya ingati selepas ini. Kalau tahun lepas, tarikh 09.09.09 ada juga saya sematkan dalam blog ini... tapi bukanlah istimewa apa pun.... cuma alkisahnya boleh dibaca disini .

Tahun ini....khasnya 10.10.10, buat kali pertamanya saya dapat membonceng mr.green seterusnya berdating dengan en.hubby seharian tanpa anak-anak. Sejak mr.green hadir dalam keluarga kami, memang tak pernah sekali pun saya ikut en.hubby dalam mana-mana aktiviti ride. Jadi tarikh ini sangat mencatat sejarah dalam hidup saya secara peribadi. Malam sebelum kejadian, memang tidur saya tidak lena, asyik debak-debuk.... dup dap dup dap.... Tambah pula dengan sakit perut masa awal pagi. Rasanya lebih 2 kali saya bangun mencuci perut....hik hik hik....

Tapikannn... kemana saya berdating? Nantilah saya cerita dalam entry lain.... kalau yang dah tahu tu tahulahhh....

Friday, October 08, 2010

:: Tahlil, Doa Selamat dan Kesyukuran ::

Syukur alhamdulillahhhh.... tertunai sudah hajat saya dan en.hubby yang telah sekian lama tertangguh ini. Hari Sabtu lepas selesai sudah kenduri tahlil dan doa selamat di rumah. Kelegaan yang tidak terhingga walaupun rumah masih belum siap berkemas sepenuhnya sejak tamat majlis.

Tidak mengapalahkan... perlahan-lahan mengemas hihihi.... Biasalah bila buat kenduri-kendara ni, rumah dah tak seperti rumah dah. Dah macam tongkang pecah pun ada juga. Itu semua belakang kira, yang penting semuanya sudah selesai.

Terima kasih banyak-banyak buat tetamu-tetamu yang sudi hadir. Tanpa kehadiran mereka, maka tidak bermaknalah majlis kami ini kannnn. Semoga dengan kunjungan mereka juga akan membawa seribu kenikmatan dan limpahan rezeki buat kami sekeluarga juga buat mereka sekeluarga. Mohon maaf juga di atas segala kekurangan mahupun layanan.



Penghargaan yang tidak terhingga juga untuk orang-orang kuat di belakang saya dan en.hubby. Tanpa orang-orang kuat ini juga, kemungkinan besar majlis ini tidak akan berlangsung dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga buat mak, mak mertua, makcik Ju, pakcik Satar, banglong, adik shakir sekeluarga, maksu, umi suna, walid dan maksu izazi. Terima kasih.... terima kasih...terima kasih...terima kasih...

Baru perasan bila tengok dalam banyak-banyak gambar yang diambil, tak ada satu pun gambar mak mertua... gambar mak saya di atas ni, adalah sipi-sipi mak mertua di sebelah...huhuhu...

Pakcik Satar, Makcik Ju dan adik Shakir

Mereka bukan kembar, tapi ramai yang cakap muka mereka nak hampir-hampir sama.... sudah namanya adik-beradikkan... pewaris allahyarham Hj Darus dan Allahyarhamah Hajah Sopiah...

Semua gambar sepanjang majlis adalah diambil oleh Walid. Tapi gambar en.jurugambar langsung tidak ada barang sekeping.... ampun yaaaa...

:: gembira campur risau::

Syukur alhamdulillah....banglong sudah keluar dari hospital hari ini. Kesihatannya pun sudah semakin pulih. Ini risau dengan mak pula sebab demam campur batuk semua bagai.

Ya Allah...semoga kami semua dipelihara olehMu.

Wednesday, October 06, 2010

:: Banglong masuk hospital ::

Banglong saya ditahan di wad hkl petang semalam kerana demam. Suspek awal demam denggi tetapi bergantung kepada keputusan ujian darah hari ini. Sebenarnya sudah beberapa hari banglong demam sejak hari Sabtu tapi masih tidak kebah-kebah.

Petang semalam sebab dah tak tahan sangat adik Shakir bawa banglong ke hkl. Lepas jumpa doktor, terus kena tahan masuk wad. Mak kata keadaan banglong masa tu memang teruk sangat lah, memang dia tak larat sangat. Kesian bila dengar cerita mak.

Harap-harap banglong tak kena demam yang 'itu'. Moga keputusan ujian darah adalah negativ. Hari ini saya kerja separuh hari, kejap lagi nak pergi lawat banglong. Punyalah risau saya ni, sampai terbawa-bawa dalam mimpi.... mimpikan banglong, tapikan mimpi itu sangatlah menggerunkan...astaghfirullahhhhhala'zimmm...mintaklah dijauhkan perkara-perkara yang tidak elok.