Saturday, February 25, 2012

:: Aduhai le abang ::

Kejadian berlaku petang semalam di sekolah KAFA. En.hubby telefon bagitahu si abang jatuh di sekolah tapi ustaz dah bawa pergi klinik. Hmmm....bawa pergi klinik bermakna macam serius jugalah lukanya kannnn. Hati ibu mana yang tidak tercuit kan andai jadi apa-apa pada anak-anak. Terus rasa darah naik ke muka, dada jadi berdebar-debar. Hati walang dah tak tahu nak fikir apa, hanya mampu berdoa tiada apa-apa yang serius.

Dalam kereta waktu balik, bermulalah sesi soal jawab ibu dan anak. Lukanya di bawah dagu, tidak berjahit tapi diletakkan gam untuk tampal luka terkoyak. 5 hari tidak boleh dibuka dan tidak boleh kena air. Syukurlah tidak teruk sangat. Dekat pipi ada lah luka calar sikit-sikit. Inilah dianya wajah terbaru akibat kejadian semalam itu...


Punca kejadian macamana abang boleh jatuh? Hmmm... ceritanya sebab lantai licin berair akibat hujan lebat. Biasalah budak-budak bukannya hendak ambil kira semua tu, dia jalan main redah sahaja. Sudahnya, dia tak perasankan air kat lantai tu, maka jatuh tergelincirlah sebab licin... Nak dikatakan apa lagi, benda dah jadi dah pun kannnn. Syukurlah tak ada apa-apa.

1 comment:

khay ke'ai said...

wohhhoo....dulu di atas, kini di bawah...kisah atas dan bawah si abang...=)

alhamdulillah x cedera teruk...