Tuesday, August 02, 2011

:: 2 Ramadhan - Melayan selera anak-anak ::

Owhhh...hari ini dia tak masak pun untuk berbuka. Bukannya tidak sempat tetapi sebab ikutkan kehendak anak-anak yang rasa hendak makan itu, hendak makan ini. Jadi, paling cepat dan mudah untuk memenuhi selera anak-anak yang tiba-tiba sahaja itu, maka ke Paramlah kita jawabnya.




Lagi pula si adik pun turut berpuasa hingga waktu berbuka hari ini....alhamdulillahhh. Esok pun insyaallah, katanya hendak puasa juga. Harap sampai ke penghabisan jugalah. Itulah sebabnya en.hubby ikut melayan kehendak anak dara kesayangannya itu. Sampai ke Param, habis jadi rambang mata semuanya. Tengok ini sedap, tengok yang itu pun nak, tengok yang di sana pula macam teringin. Masyaallahhhh...nafsu...kalau tidak dikawal....




Kita semua ini kan harus bersyukur sangat-sangat. Masih mampu untuk memilih segala macam makanan untuk memenuhi selera tekak. Ada sesetengah tempat tu, hendak makan pun susah. Kita ini dikira masih beruntung, hendak cari apa, hendak makan apa...semuanya ada. Itupun ada juga yang asyik dok merungut. Ada juga yang dok membazir-bazir. Astaghfirullahhh... ingatan ini sebenarnya untuk dia sendiri dan juga anak-anak. Moga kita sentiasa bersyukur atas segala rezeki yang dilimpahkan ini...

2 comments:

mama ju said...

Aslkm Nur

Alhamdulillah bersyukur anak2 kecil dah diajar puasa. Seronokkan melihat gelagat anak2 kecik, hehe tu sejarah bagi mama.

Putrajaya tu pot mama, tapi tak tau apa tu PARAM?

khairanimaisurah said...

w'salammm mama... PARAM tu shortcut pasar ramadhan hihihi