Thursday, August 18, 2011

...

Semalam cuti kan, sempena Nuzul Quran. Cuti pun macam tak cuti jugalah bila rasa kepenatan tu sama sahaja macam hari-hari yang berkerja. Bukanlah dia hendak merungut ke apa, cuma kepenatan tu rasa berganda pula.


Oleh kerana dia bercuti, manakala 3 ahli rumah yang lain tidak dapat cuti kerana berkerja dan belajar di kawasan berlainan maka supermak ini telah mengambil keputusan untuk menjalankan misi membeli dan membelah bersama-sama superadik yang juga turut bercuti. Walaupun dia kesian juga dengan superadik yang harus datang mengambilnya di rumah tapi tak mengapalahkan sebab setahun sekali sahaja kami adik-beradik akan keluar berjimba macam ni hehehe... Tahun ini kami tidak ke KL sepertimana tahun lepas sebab masing-masing perlu segera pulang awal. Superadik ada majlis berbuka puasa di Batang Berjuntai manakala dia pula harus memasak untuk hidangan berbuka di rumah. Kami hanya ke Plaza Alam Sentral(PAS) di Shah Alam sahaja.


Apabila keluar dengan geng yang sekepala ni memang teruja habislah. Kena pula di PAS ini segala-galanya ada. Memang rambang mata dibuatnya hahaha..... sabar...sabar...sabar... berpuasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga malah harus juga menahan dan mengawal nafsu. Kalau diikutkan hati, nampak semuanya hendak dibeli dan mungkin keberkatan hari istimewa ini(Nuzul Quran) maka dia telah berjaya untuk tidak menurut segala kata hati. Syukur alhamdulillahhh... dia masih berada dilandasan yang betul, tidak tersasar jauh hihihi... Apa yang disenaraikan dalam kepala untuk dibeli, berjaya dia perolehi malah yang tidak ada senarai untuk dibeli hari itu juga ada yang turut dia perolehi namun masih dalam bajet yang dirangkanya.


Supermak dan superadik ini telah keluar dari jam 10 pagi dan berjaya pulang ke pangkal jalan hampir jam 2.30 petang.....hmmm...kira oklah kannnn ahaks! Tapi masing-masing memang terkelepek habislah terutamanya supermak ini. Dalam pukul 4.30 petang macam tu baru dia masuk dapur. Bila mula sahaja memang tak sempat hendak duduklah hinggalah hampir ke waktu berbuka. Hari ini dia masak nasi minyak dan lauk-pauk berkaitan berserta dengan cempedak goreng. Alhamdulillahhhh semuanya menjadi dan seluruh ahli dalam rumah kata sedap....itu yang paling penting hihihi...tiba-tiba sahaja boleh hilang segala rasa penat dan lelah itu tau!


Hasil membeli-belah semalam telah memenuhi sebahagian dari persediaan menyambut Syawal nanti. Tinggal beberapa perkara sahaja lagi yang akan diselesaikan pada hujung minggu nanti bersama-sama en.hubby. Apa yang penting kesederhanaan... alhamdulillahhhh...

No comments: