Thursday, August 04, 2011

:: Hasrat dan keinginan ::

Semalam entah untuk kali keberapa si abang menyentuh hati nurani saya dengan gurauannya. Memang benar-benar hati ini tersentuh sangat waktu dia dan en.hubby hendak keluar ke surau untuk solat terawih, abang cakap kepada saya..."bye ibu, izzuddin nak pergi Mekah ni buat umrah"...

Dah banyak kali dia cakap begini kepada saya sejak tok, paklong dan maksunya balik dari Mekah. Bila tengok gambar Masjidil Haram kat dalam televisyen tu mesti dia cakap dengan saya, "ibu, abang hendak pergi Mekah le, nanti ibu bawa abang ye"... Saya benar-benar tidak tahu apa yang dia fikirkan saat menuturkan keinginannya yang begitu. Tapi hati saya macam berbunga-bunga sahaja.

Saya pun punya keinginan itu. Memang jauh di sudut hati sangat berhajat hendak kesana bersama en.hubby dan anak-anak. Moga dipermudahkan serta dimurahkan lagi rezeki olehNya.

Buat abang..."insyaallahhhh sayang, kita akan kesana juga nanti jika diizinkan. Sama-samalah kita berdoa"

No comments: