Monday, August 01, 2011

:: Cerita puasa - 1 Ramadhan ::

Syukur alhamdulillahhhh....tamat hari pertama Ramadhan al-mubarak. Abang berjaya mendapat 1 hari hari ini, namun berlainan pula ceritanya si adik. Adik hanya berjaya separuh hari sahaja itupun setelah tiba waktu minum petang di taskanya.


Menurut cerita si adik, bila tiba waktu petang tu terus perut dia rasa sakit. Ibu tanya juga kenapa sakit perut, boleh adik jawab begini..."adik sakit perut sebab nak makan lahhh"... Hmmm... hendak buat macamana lagikan... baru hendak belajar, tidak bolehlah hendak paksa-paksa sangat. Insyaallahhhh...esok adik hendak mencuba lagi. Cuba ye adik, kalau boleh biarlah sampai ke waktu berbuka.


Apa juadah berbuka hari pertama ini? Hmmm....alhamdulillahhhh serba sederhana. Disebabkan dia tukar waktu anjal sepanjang bulan puasa ini ( masuk 7.30 pagi, balik 4.30 petang) maka sempatlah dia menyediakan juadah untuk berbuka. Yang pasti bubur lambuk Kampung Baru adalah satu kemestian.



Selain dari bubur lambuk yang dibeli di param Putrajaya, dia masak lauk-pauk yang mudah-mudah sahaja. Syukur alhamdulillah atas segala rezeki dariNya.


Hari pertama ini kan rasa macam suram dan mandooommm sahaja kannn. Berat sungguh rasa hendak buat kerja. Rasa macam malas semacam sahaja. Masyaallahhh... tidak boleh dibiarkan begini, moga akan lebih segar dan bersemangat untuk hari-hari yang seterusnya.

No comments: