Monday, August 15, 2011

:: Mak!!! konah balik!!! ::

Si adik cakap dekat ibu, " ibu ni mesti rindu dekat tok, sebab tulah nak balik kampung kannn". Owhhh!!! ibu pun jawab, "memanglah....". Sebab itulah kami telah selamat pulang ke SP untuk bersama-sama berbuka dan bersahur dengan mak. Walaupun sudah masuk minggu ketiga Ramadhan baru dapat balik, sekurang-kurangnya dapat juga mengubat kesunyian mak berbuka dan bersahur seorang. Lagipun tahun ini giliran beraya di KT dahulu, hari raya ketiga baru balik SP insyaallahhhh.

Bila sudah berada di kampung, tidak sahlah kan kalau tidak bermanja-manja dengan mak, minta masak itu, masak ini.....hihihi.... Kalau sudah nama orang utara, tak ada lauk kari tidak sah lah kannn.


Tu diaaaaa.... kari kepala ikan nyok-nyok. Memang terbaik!!!


Lepas itu minta mak buat roti jala pula. Perghhhh!!! hilang mengidam...( kenapa la gambar jadi terbalik pula)


Ikan bakar cicah air asam pun mesti ada juga.



Dan tidak ketinggalan....sotong goreng kunyit....


Itulah di antara menu-menu berbuka yang sempat dia rakamkan sepanjang 3 hari di SP. Kalau hendak diikutkan, memang hendak berlama-lama sahaja di kampung namun apakan dayaku...


Kami bertolak balik SP hari Jumaat petang. Memang keluar awal sikit sebab bajet dapat berbuka di SP. Masa dalam perjalanan tu, en.hubby tiba-tiba rancang hendak keluar ikut Kuala Kangsar ikut jalan lama melalui Lenggong....Gerik...Baling terus ke SP. Saya pun ok sahaja dengan rancangan en.hubby tu, sebab kami dah bosan ikut lebuhraya. Kalau ikut jalan kampung macam tak bosan sangat kan. Masa sampai Lenggong tu, sempat lagi singgah beli buah cempedak yang dijual di gerai tepi jalan. En.hubby memang dok mengidam lama nak makan cempedak goreng. Siap beli tiga biji dan alhamdulillahhhh kesemua isi-isinya elok-elok belaka. Sampai Gerik pula singgah beli buah tembikai, juga di gerai tepi jalan. Manis sahaja isinya....alhamdulillahhhh...


Memang seronoklah bila dapat jumpa mak. Anak-anak pun sama, toknya apatah lagilah kan. Kami balik Puchong semalam selepas berbuka. Teringat pesan mak, ketika hampir tiba waktu berbuka sebelum dengar azan, berdoalah kepadaNya.... mohonlah apa sahaja kerana ketika waktu itulah segala doa akan dimakbulkan....insyaallahhh...

No comments: