Tuesday, June 28, 2011

...

Hari ini terlewat bangun. Sedar-sedar sahaja terus tengok jam....Allahuakbar...pukul 6? Terus bingkas bangun dengan kepala yang masih bingung-bingung. Jam 6 pagi hari biasa sudah dikira lewat sebabnya banyak perkara yang harus diselesaikan....:( Inilah ye akibatnya kalau suka sangat menangguhkan kerja.... segalanya harus disiapkan awal pagi.... termasuklah menggosok baju, mengemas beg anak-anak dan segala bagai.

Semalam memang kami tidur sedikit lewat....hampir jam 12 rasanya sebab melayan filem cina di tv3. Masa hendak tidur tu sudah dipesan kepada anak-anak...."bangun esok jangan hendak buat perangai.... mengantuklah, tak cukup tidurlah...." Pesan lagi, tutup mata terus tidur takut terlewat pula bangun.... hmmmm...memang ter pun kannn...

Sebenarnya sudah sedar jam 5 bila alarm berbunyi...tutup alarm, sambung tidur...dan siap mimpi-mimpi. Sudahnya memang terlajaklah jadinya...

Monday, June 27, 2011

:: Aku...Jun...dan Buku::

Hari Jumaat lepas mengikut kawan-kawan ke JJ Equine meskipun tidak berhajat untuk membeli apa-apa(kononnnnnn). Elok sampai di sana....jeng..jeng...jeng... terus teringat yang hadiah harijadi untuk si kecil Luqman belum dicari lagi (itu yang konon tak ada hendak beli apa-apa kannnn).


Sebelum apa-apa, kami mengisi perut dahulu. Kemudian masing-masing berpecah dan saya terus menuju ke kedai buku Popular. Kita hendak menggalakkan anak-anak membaca dan suka buku kan, jadi elok benarlah hadiahkan mereka buku. Ohhh!!! ya... kedai Popular sekarang ada menawarkan diskaun hebat terutamanya kepada ahli.


Hadiah harijadi yang ke-2 tahun untuk Luqman Afif. Menarik sangat buku ini sebab warna-warni, besar, jelas dan terang lagi. Mesti Luqman suka.

Ini pula untuk si abang. Kalau beli untuk Luqman seorang sahaja haruslah akan mengundang banyak pertanyaan oleh dua beradik tu pula. Jadi, baik sediakan payung sebelum hujan.


Istimewa untuk si adik sempena Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Malahan buku ini sebenarnya relevan untuk semua... Lagi menarik sebagai tarikan untuk kanak-kanak kerana penyampaian dan penjelasannya sangat mudah difahami dan ilustrasinya yang berwarna-warni sangat menarik perhatian.


Dan untuk si ibu semestinya juga ada. Buku terbaru dari Puan Roza Roslan. Seronok baca cerita dan pengalaman Puan Roza.


Sunday, June 26, 2011

...

Alhamdulillahhhh....ringan sikit rasa sakit di kepala ini selepas diurut dan dipicit oleh maksu. Sejak tengahari tadi lagi kepala rasa berdenyut-denyut. Mungkin masuk angin, mungkin juga sebab 2 3 hari ini kepala yang satu ini asyik fikir-fikir macam-macam. Lagipun, cuaca yang agak panas pun adakala menyengat urat kepala. 'Stress' sangat agaknya...

Memang masa berurut tu angin asyik keluar sahaja. Maksu lagi kesian sebab dia yang paling banyak keluarkan angin walhal badan orang lain yang berangin....hehehe... Kononnya petang hendak berjoging dengan en.hubby, alih-alih terpaksa dia berjoging bersendirian gara-gara si isteri yang sakit kepala.

Tadi sempat lagi berangan dengan maksu, kalau ada masa bila-bila nanti hendak pergi berurut dekat spa. Sudah lama rasanya tidak berurut-urut memanjakan diri ni...

...

Cerita hari Khamis minggu lepas. Memang tidak ada dalam perancangan langsung untuk menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Lebanon bagi kelayakan Olimpik pusingan kedua. Petang hari Khamis tu en.hubby telefon tanya..."kalau ada tiket nak ikut tak pergi stadium?"... Macam menarik dan saya pun jawab..."tak kisah...ok saja"... Setengah jam kemudian, en.hubby telefon sekali lagi menyatakan bahawa 4 tiket telah berjaya diperolehi dengan percuma...wowww weeee....


Maka ke stadiumlah kami empat beranak malam itu.


Stadium tak penuh sangat pun. Mungkin sebab hari bekerja agaknya. Rata-rata penonton yang hadir tetap bersemangat waja, memberi sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada pasukan negara. Stadium Nasional Bukit Jalil tetap bergemuruh dengan jayanya. Perasaan memang berbezakan antara menonton secara langsung di stadium dengan sekadar menonton di kaca tv.


Untuk anak-anak, telah diberi pesanan awal-awal supaya jangan cuba-cuba hendak buat perangai 'cantik' sebab kita akan berada di stadium untuk tempoh lebih kurang 2 jam lebih... Dalam tempoh itu segalanya berkemungkinan bagi kanak-kanak aktif yang tidak tahu hendak duduk diam ni kannn...


Jeng...jeng...jeng...kesebelasan utama negara dan juga pihak lawan...

Pasukan Malaysia berjaya menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama. Tetapi saya tak ingat siapa yang menjaringkan gol dan malas pula hendak mencari.







Ini selepas jaringan gol kedua negara. Sekali lagi tidak tahu siapa yang jaringkan. Stadium waktu ini memang gegak gempita jadinya. En.hubby tidak sempat hendak 'snap' gambar semasa jaringan gol sebab dia pun sama naik bersorak.


Sebelum bermula separuh masa kedua rasa macam konfiden sahaja Malaysia akan beroleh kemenangan andai prestasi di separuh masa pertama dapat dikekalkan. Namun, keyakinan sedikit goyah kerana perlawanan di separuh masa kedua kelihatan lebih dimonopoli oleh pihak lawan. Nasib baik kita ada penjaga gol terbaik abad ini.... siapa lagi kalau bukan Khairul Fahmi kannn...kesian dia sampai 'injured ' juga kat tangan. Perlawanan di separuh masa kedua yang nampak lebih berat sebelah terbukti apabila pihak lawan berjaya menjaringkan 1 gol. Bolossss!!!


Penonton sedikit suspen bila gol Malaysia berjaya juga dibolosi...


Tahniahlah untuk barisan pertahanan yang tega bertahan sehingga minit terakhir. Akhirnya Malaysia berjaya untuk ke pusingan yang seterusnya.... syabas!!!




Thursday, June 23, 2011

...

Hari ini bangun sedikit awal dari biasa. Sudah berjanji dengan adik untuk buatkannya nasi goreng untuk dibawa ke sekolah. Alang kepalang tu, memang buatkan untuk seisi keluargalah. Sebelum tidur, siap-siap masa nasi supaya senang bangun pagi esoknya boleh terus goreng.



Dengan segala limpahan rezeki dariNya, maka bersarapanlah kami seisi keluarga dengan nasi goreng ala ibu. Awal-awal pagi begini memang tidak sempat bersarapan di rumah, masing-masing dibekalkan nasi goreng seorang sebekas kecuali en.hubby. En.hubby jual mahal sebab katanya ada mesyuarat di pejabat pagi ini. Alhamdulillahhhh...

Wednesday, June 22, 2011

...

Petang semalam abang jatuh basikal. Dia memang macam terkedu 1 minit bila anak jiran datang bagitahu...."aunty...aunty....izzuddin jatuh langgar kereta. dia berdarah!!!". Dia memang suspen masa tu, sebab dia mula terbayangkan yang bukan-bukan. Sedang minda berjalan ligat, dia juga ligat mencapai tudung dan terus berlari keluar. Rumah pun dia tinggalkan macam tu sahaja tanpa bertutup, berkunci. Memang dia tak ingat apa-apa pun waktu itu, sebab dia hanya terbayang anak teruna yang mungkin sedang dalam kesakitan.


Dia nampak dari jauh, abang sambil menangis cuba bangun berdiri sambil dibantu oleh seorang jiran yang kebetulan sedang joging. Owh!!! dia sedikit lega sebab gambaran yang berligar dalam kepala dia tadi sudah jauh meleset.... syukur. Abang, bila nampak dia lagi kuat nada tangisannya. Dengan dada tercungap-cungap....dup dap dup dap dia mendekati abang. Dia tengok badan abang tak ada luka-luka tapi abang asyik "...ibu....sakit ibu....sakit..." Dia tanya abang, di mana yang sakit.... Dia suspen lagi bila abang mula angkat baju, kemudian hendak buka seluar... Rupa-rupanya 'bird' abang yang luka dan berdarah. Tiba-tiba kepalanya rasa berjerebu sekejap, tak tahu nak baut apa. Dia ajak abang balik, perlahan-lahan berjalan sampai rumah. Dia memang tak berani hendak usik apa-apa ditambah lagi dengan abang yang asyik menangis dan menjerit tiap kali dia cuba hendak tengok luka tu. Dia telefon en.hubby suruh balik.


En.hubby sampai rumah tengok 'bird' abang....hmmm mujurlah tak ada apa-apa (harap memang tak ada apa-apalah). Luka pada 'bird' abang disapu minyak gamat. Lepas tu abang terlena keletihan. Ada juga lebam di sana sini sikit-sikit, di dahi, di belakang badan.... Ikut cerita abang, dia langgar kereta 4W Drive yang diparkir tepi jalan. Waktu abang kayuh basikal tu, abang asyik tengok belakang hingga tak sedar bila berpaling semula kedepan terus terlanggar kereta tu tak sempat nak elak. 'Bird' abang boleh luka sebab ditimpa basikalnya sendiri.


Hari ini abang pergi sekolah, dia sudah pesan awal-awal supaya berhati-hati, jangan main lasak-lasak sangat. Dia bukannya apa, risau jugakan sebab lukanya tu di tempat sensitif. Sabar jelah dengan anak-anak ni kannn.... lagipun benda dah nak jadi.... maka begitulah jadinya...

Friday, June 17, 2011

::...::

Sudah lama dia perasan akan hal ini. Sejak beberapa tahun melihat anak-anak semakin membesar, dia dapat rasa bahawa anaknya yang sulung banyak ikut dia. Walaupun anak sulung dia lelaki tetapi kebanyakan perangai dan sifatnya memang macam dia masa kecil dulu. Anak sulung dia ni dipanggil abang sejak dapat adik. Sebelum dapat adik, kami panggilnya dengan panggilan namanya sendiri. Dia pun suka bila kami panggil dia abang.


Seharusnyalah sebab dia abang, gaya dan laku pun mesti macam seorang abang kan. Tapi abang ni, dia perasan macam lain sikit. Abang agak manja berbanding adik. Dia pun tak tahulah manja mengada-ada ke, memangnya manja ke. Cuma kadang-kadang dia rasa geram campur bimbang kalau-kalau nanti abang tak pandai hendak berdikari. Semuanya masih mengharapkan dia. Kalau perangai manja-manja ni memanglah tidak mengikut dia pun. Dia dulu masa kecil mana ada manja. Sampai besar memang mampu berdikari.... alhamdulillahhh...Tapi bila dia fikir-fikir balik, mungkin puncanya daripada dia juga. Sebagai ibu, memang kalau boleh semua perkara dia hendak tolong selesaikan. Dia macam tak harap dan ada rasa tak puas hati kalau orang lain buatkan. Paling senang, biar semua benda dia buat. Itulah gamaknya anak-anak naik lemak, semua benda pun tak boleh buat sendiri kan. Tapi sekarang, mula ada rasa bimbang dalam hatinya. Mungkin sudah tiba masanya dia biar anak-anak terutamanya abang belajar berdikari sikit-sikit. Dia sudah fikir dan dia pun mesti mulakan dari sekarang.



Itu satu hal. Ada satu hal lagi yang dah buat hatinya jadi walang. Dia memang risau pasal perkembangan pelajaran abang. Dia perasan sejak dari abang di tadika, pencapaian akademik abang tidak begitu cemerlang. Kira boleh tahan saja. Masa abang masuk Tahun 1 pun abang kena masuk kelas Kia dulu sampai 6 bulan. Alhamdulillah....belum sampai 6 bulan dalam kelas Kia, pencapaian abang agak memberangsangkan. Kemudian bermulalah episod perjuangan abang bersama-sama rakan Tahun 1 yang lainnya seperti biasa. Perkembangan pelajaran di Tahun 1 menunjukkan peningkatan yang positif. Masuk Tahun 2 pun masih sama. Tidaklah begitu cemerlang namun bukan juga terlalu lemah. Bukannya dia tidak usaha untuk tingkatkan pencapaian abang. Selalu juga dia beli buku latihan untuk abang. Tapi dia sendiri tak faham kenapa abang ni 'rajin' sangat. Sindrom anak lelaki agaknya.... bukan tak boleh cuma tak rajin saja.


Dia memang dapat kesan dari awal, abang ni sangat lemah dalam matematik. Bila diingat-ingat semula dia dulu pun masa belajar memang lemah mata pelajaran ini juga. Masa peperiksaan UPSR dulu pun dia dapat 4A1B dan B itu adalah matematik. Begitulah seterusnya sehingga dia masuk sekolah menengah sampailah masuk IPT. Mata pelajaran matematiklah yang paling sedih, syahdu syahdan bila keluar keputusan. Tapi kalau Bahasa Melayu memang dia tip toplah. Senario ini samalah macam abang. Itu yang dia yakin sangat yang abang tu memang turun perangai dan sifat dia sebijik.


Tahun ini abang sudah pun di Tahun 3. Kalau tanya perasaan dia saat ini memanglah jawabnya risau campur bimbang. Pencapaian matematik masih jauh dari jangkauan. Walhal sejak awal tahun dia hantar abang ke kelas tusyen. Dia harap dengan kelas tambahan ini abang dapat memperbaiki kemampuan abang. Tapi dari pemerhatian dia, pencapaian matematik abang masih di takuk lama. Dia mengaku dalam diam sunyi sepi hati ini memang ada terselit rasa kecewa. Dia tak boleh zahirkan perasaan kecewa ini tapi dia harus bangkit bantu abang.


Langkah pertama yang dia ambil sekarang ini adalah minta pertolongan maksu (adik bongsu dia). Maksu memang bijak matematik, minat matematik, cinta matematik kalau tidak masakanlah maksu jadi pensyarah matematik kan. Dia harap dengan kelebihan dan ilmu pengetahuan yang maksu ada ini dapat bantu abang. Inilah pengorbanan dari maksu yang dia mohon sangat-sangat. Perngorbanan dalam erti kata korban masa dan tenaga maksu demi kejayaan anak buah maksu ini.


Dia memang dalam mode risau ini, tapi dalam masa sama dia sentiasa mengharap dan mendoakan kejayaan anak-anak. Yelah kan, ibu bapa mana yang tak mahu tengok anak-anak berjaya kan... baik dalam akademik mahupun kehidupan. Dia sendiri pun sebenarnya kena banyak berubah sebab untuk melihat anak-anak menjadi orang yang cemerlang, ibu bapa terlebih dahulu harus menjadi insan dan ibu bapa yang juga cemerlang. Namun begitu, dalam usaha untuk menjadi ibu bapa cemerlang banyak yang dia perlu ubah, baiki, tambah. Sebab dia rasa dia masih insan yang lemah, yang lalai, yang leka dalam nikmat dunia sedangkan dalam kehidupan dia tanggungjawab dan amanah yang perlu dia pikul bukannya sikit dan mudah. Dia tak mahulah menjadi seperti 'ketam mengajar anaknya berjalan betul'. Beratkan sebenarnya tanggungjawab kita ni...