Tuesday, December 15, 2009
:: Bosan ke? ::
Monday, December 14, 2009
:: Aktiviti ::
Friday, December 11, 2009
:: Cuti ::
Thursday, December 10, 2009
:: Nyanyi Rindu ::
ibu rasa terkilan...
teruklah ibu ni kannnn
hmmm...sabar ye ibu
ibu tetap nyanyikan lagu rindu ini...
Monday, December 07, 2009
:: Penghujung tahun yang… ::
Masing-masing diberi 2 kotak untuk diisi barang-barang peribadi. Hmmmm.... saya belum siap berkemas walaupun sudah mula sejak minggu lepas. Baru masuk tahun kelima saya di sini, tapi jumlah barang boleh tahan le juga. Tak tahu macamana nak susun-susunkan masuk ke dalam kotak. Masih dok bertangguh-tangguh, mungkin juga saya ni jenis yang suka buat kerja ’last minute’.... tunggu sehingga nanti dah memang betul-betul nak diangkat haaaa masa tu baru nak kelam kelibut. Memang tak bagus tabiat macam ni tapi nak buat macamana dah memang suka macam tu, semacam ada ’thrill’ sikit hahaha.
Sebut pasal pindah ni memang satu perkara yang amat meletihkan. Hujung tahun lepas pun saya sibuk dengan pindah juga. Masa tu sibuk pindah rumah. Memang bercinta nak mengemas semua....tambah pula barang-barang memang tersangat banyak. Hujung tahun ni pun masih tajuk yang sama.... pindah. Tapi mungkin tidaklah sebanyak waktu pindah rumah dulu, jadi ia tidaklah membebankan sangat. Ada sesetengah barang tu yang harus saya angkut balik rumah juga nampaknya. Aktiviti pindah-memindah ni penatnya bukan sebab apa, mula-mula sebelum pindah perlu berkemaskan.... lepas pindah sampai tempat baru pun perlu berkemas juga kannn... itu yang penat sebenarnya.Harap-harap perpindahan atau penghijrahan ini akan berjalan lancar sepertimana yang dirancangkan. Ditempat baru, suasana baru,semangat baru, jiwa baru.... kot-kot ada rezeki dapat anak baru hahahaha......... insyaallahhhhh.
Wednesday, December 02, 2009
:: Sederhana yang meriah ::

"Oh kome, doroyan udah luroh... oi!!!"
Kami balik ke KT hari Sabtu........ itupun bertolak dah hampir ke tengahari. Alhamdulillah sepanjang perjalanan lancar saja, tak banyak kereta sangat. Kami singgah Bukit Bunga dekat daerah Jeli, Kelantan. Bukit Bunga ni macam Padang Besar, Rantau Panjang, tempat orang kita dok membelah-membelah tu. Cuma kawasan dia taklah besar sangat, di tepi jalan saja. Tapi, masa kami sampai tu dalam pukul 4 petang, orang punyalah ramai. Apalagi...... kita ’shopping’!!!!....hmmmm bukanlah beli apa sangat pun ada la sikit-sikit hahaha. Tengok gambar di bawah cukuple.

Pilih jange tok pilih....abe ooiii....

Yang mana satu.... idaman kalbu...

Lepas pening-pening nak pilih mana satu yang berkenan, dompet abah pun penat le lepas ni

Makcik jual ubi keling ni terkejut ingatkan kilat, rupanya 'flash' kamera
Hari Ahad, kami pergi main bowling di Kuala Ibai. Tempatnya tidaklah besar sangat, ’lane’ dia pun ok-ok saja, pin bowling pun agak ringan, bolehlah nak main seronok-seronok. Oleh kerana hari Ahad adalah hari bekerja di negeri T maka kami tidaklah berebut ’lane’ menunggu giliran. Sangat tenang dan aman-damai dengan en. Hubby, anak-anak dan adik-adik ipar. Sedang seronok kami membaling bola bowling.... tup-tup kami nampak ada seseorang yang sangat dikenali malah beliau juga sangat dikagumi.... emmmmm siapa agaknya.....jeng jeng jeng...beliau adalah Ustaz Zawawi Yusof dan keluarga..... tentulah nak main bowling kannnn....... sangat ’sporting’ lah ustaz nih.
Dah habis 2 ’game’ kami main….. dari situ kami gerak pula ke Noor Arfa Batik. Hmmmm.... tempat yang membahayakan dompet ni. Yang bahaya lagi tu sebab ada jualan murah akhir tahun, diskaun sehingga 70%. Selepas sejam lebih di situ, dompet saya memang sudah berada di paras bahaya lagi membimbangkan huhuhu....en. hubby apalagi menjeling-jeling manja le...... sendiri mau ingat la hahaha.
Kami bertolak balik Puchong petang Ahad tu juga. Perjalanan balik yang sangat memenatkan mental dan fizikal. Mana tidaknya..... kami terperangkap dalam kesesakan bermula selepas daerah Dungun hingga la melepasi jambatan di Kemaman. Lebih kurang 2 jam lebih kami dalam kesesakan. Bayangkanlahhhhhh........ mujur dah berhenti makan di Kerteh. Satu perjalanan yang sangat jauhhhh..... dari jam 4 petang sampai rumah dalam pukul 3.15 pagi. Haruslah pengsannnnnnn esoknya. Mujur hari Isnin masih bercuti. Itupun tidaklah dapat berehat sepenuhnya, maklumla..... saya seorang ibu. Tapi letih dan penat saya sikit terubat bila melihat bunga ros di laman rumah sudah berkembang. Hidung saya pun dah kembang semacam sebab tak sangka akhirnya tangan saya ni menjadi juga hehehe..... bangga tak ingat dah nih. Sebelum ni pokok orkid saya pun dah mengluarkan bunga dengan jayanya.... ni yang buat semangat saya berkobar-kobar nak menambah koleksi pokok bunga. Nak beli pokok bunga apa lagi ye agaknya???? Lupa pula nak 'upload' gambar bunga ros kembang tu, sebab 'snap' guna kamera 'handphone' saja.
Tuesday, November 24, 2009
:: Sudah Tidak Sama ::
Saya tidak boleh berjaga malam lagi.... elok saja pukul 10 malam saya dah mula mengantuk. Kadang-kadang kalau letih sangat, lepas Isya’ lagi saya boleh terlelap. Adakalanya, tenaga dari mana entah datangnya membolehkan saya berjaga hingga lewat malam tapi esoknya..... badan saya jadi sakit-sakit dan tidak bermaya. Mungkin kerana peningkatan usia, ditambah saya tidak mengambil apa-apa ’suppliment’ untuk menyokong stamina diri. Saya juga tidak mengamalkan sebarang senaman untuk mengekalkan kecergasan badan. Mungkin inilah antara punca-puncanya. Beberapa bulan yang lalu ada juga saya ambil ’suppliment’.... tapi itulah saya, hangat-hangat taik ayam. Mak dan en. Hubby selalu pesan suruh minum susu. Saya pun beli susu, tapi tak tahulah kenapa tekak saya ni memang tak boleh nak terima kecuali masa mengandung dulu saja.
Apa yang harus saya lakukan? Saya memang jadi tak senang dengan keadaan yang saya alami ni. Memang ada rasa tak puas hati. Perlu perubahan.... perlu perubahan... apa yang nak diubah? Cara hidup sihat? Pengambilan diet yang seimbang? Teruskan dengan ’suppliment’? Kuatkan semangat untuk minum susu tiap-tiap malam sebelum tidur? Berjogging tiap-tiap hari minggu? Persoalannya......... bolehkah saya? Arrrrggggghhhhhhhh!!!!!
p/s: Malam ni dah nak balik SP, rumah masih bersepah, baju belum berkemas lagi, ada sebakul lagi kain baju belum jemur (nak salahkan hari hujan gak ni). Harus balik kejap lagi akan keluar segala jenis bunga silat. En. Hubby tolong!!!