Tahun ini abang hanya berpeluang menyertai acara sukaneka sahaja. Acara sukaneka ini memang dikhaskan untuk pelajar Pra-sekolah, Tahun 1 dan 2. Itupun abang hanya masuk satu acara sahaja. Acara sukan yang lain hanya disertai oleh pelajar dari Tahun 3 hingga 5. Tidak mengapa, apa yang penting sokongan dan semangat kesukanan..... ecewahhh. Harap-harap tahun hadapan abang boleh sertai acara balapan jadi atlit macam ibu juga hihihi...
Acara bermula awal pagi dan seperti biasa dimulakan dengan perarakan kontinjen rumah sukan. Buat masa ini, sekolah abang hanya ada 2 buah rumah sukan sahaja iaitu rumah Merah(AutoBot) dan rumah Biru(Decepticon). Abang geng rumah Merah....alamak ibu dulu masa sekolah, rumah Kuning. Tapi tak mengapalah, ibu kena sokong rumah Merahlah jawabnyakan.
Sejak zaman rendah hingga menengah saya memang aktif bersukan terutamanya acara olahraga. Setiap tahun mesti masuk acara olahraga, lari 100m, 200m, 400m, 4X100m dan juga 4X400m. Waktu di sekolah abang ni, bila tiba acara balapan sahaja memang saya jadi naik semangat semacam sahaja. Kena pula ada geng dengan maksu, apalagi terlebih-lebih sorak dari pelajar-pelajar pula kami ni. Kalu dah kena dengan jiwo den tu hah... memang tak dapek den nak nolong heh! Hehehe...
Hampir jam 1 petang acara sukan tamat. Kali ini rumah Biru jadi juara. Dari sekolah abang kami gerak pula pergi JJ untuk makan tengahari sambil bawa dua-dua tok jalan-jalan. Walaupun badan sudah letih tapi digagahkan jua. Kali ini en.hubby menaja KFC sebagai hidangan tengahari kami sekeluarga. ...yey!!! Lewat petang baru sampai rumah, memang berjalan sakan...
Hari Ahad, dua-dua tok dah balik kampung. Tinggallah kami anak-beranak. Selepas hantar mereka berdua naik bas, kami ke Giant pula beli barang-barang dapur kemudian petang Ahad itu juga en. hubby panggil kawannya datang rumah untuk betulkan segala pintu bilik air, paip air di rumah tu. Si Persona akan dibaiki minggu hadapan oleh kawan en.hubby yang serba boleh itu juga. Pendek cerita hari minggu yang lalu adalah hari-hari yang sangat padat dan meletihkan... tapi syukur alhamdulillah banyak perkara dapat diselesaikan juga.