Wednesday, June 30, 2010

:: Sukan Tahunan Sekolah ::


Sabtu hujung minggu yang lepas kami sekeluarga ke sekolah abang sempena sukan tahunan sekolah abang. Ini adalah program yang julung kali diadakan di sekolah abang sejak ia dibuka tahun lepas. Almaklumlahkan, tahun lepas hanya seramai 20 orang murid saja, tapi tahun ini bilangan muridnya sudah bertambah kurang lebih 200 orang. Sebagai ibu bapa, rasa bertanggungjawab juga lah untuk memberi sokongan pada setiap program anjuran sekolah. Memang sepatutnya pun begitukan.

Tahun ini abang hanya berpeluang menyertai acara sukaneka sahaja. Acara sukaneka ini memang dikhaskan untuk pelajar Pra-sekolah, Tahun 1 dan 2. Itupun abang hanya masuk satu acara sahaja. Acara sukan yang lain hanya disertai oleh pelajar dari Tahun 3 hingga 5. Tidak mengapa, apa yang penting sokongan dan semangat kesukanan..... ecewahhh. Harap-harap tahun hadapan abang boleh sertai acara balapan jadi atlit macam ibu juga hihihi...

Acara bermula awal pagi dan seperti biasa dimulakan dengan perarakan kontinjen rumah sukan. Buat masa ini, sekolah abang hanya ada 2 buah rumah sukan sahaja iaitu rumah Merah(AutoBot) dan rumah Biru(Decepticon). Abang geng rumah Merah....alamak ibu dulu masa sekolah, rumah Kuning. Tapi tak mengapalah, ibu kena sokong rumah Merahlah jawabnyakan.


Ada yang tak seronoknya sebab hari itu ibu tidak mengenakan baju warna merah sebab ibu tahupun dah last minute. Lebih tidak puas hati sebab abah, adik dan maksu boleh pula pakai baju merah....grrrrrr...




Selepas perarakan dan upacara perasmian maka bermulalah acara sukan. Dimulakan dengan sukaneka. Nasib tidak menyebelahi abang kerana pasukannya kalah dengan rumah Biru. Geng-geng abang memang tak puas hati... macam-macam hal budak-budak ni tapi berjaya dikawal oleh cikgu.


Selang-seli dengan sukaneka adalah acara balapan. Acara inilah yang paling dinanti-nanti. Tiba-tiba sahaja memori zaman sekolah rendah dan menengah dulu kembali menyingkap kenangan.


Sejak zaman rendah hingga menengah saya memang aktif bersukan terutamanya acara olahraga. Setiap tahun mesti masuk acara olahraga, lari 100m, 200m, 400m, 4X100m dan juga 4X400m. Waktu di sekolah abang ni, bila tiba acara balapan sahaja memang saya jadi naik semangat semacam sahaja. Kena pula ada geng dengan maksu, apalagi terlebih-lebih sorak dari pelajar-pelajar pula kami ni. Kalu dah kena dengan jiwo den tu hah... memang tak dapek den nak nolong heh! Hehehe...


Seperti biasalahkan, mesti ada satu acara untuk ibubapa juga kan. Acara tu tak lain tak bukan sudah semestinyalah acara tarik tali. Mula-mula kumpulan bapa-bapa, kemudian untuk ibu-ibu le pula.


Seumur hidup saya tidak pernah masuk acara ini, tetapi lain pula kali ini sebab dipaksa oleh en.hubby, saya pun bertarik bertalilah hahaha...Memang telah pecah rekod saya.... malahan siap menang pula tu hihihi.... tak tahulah berbaloi ke tidak sebabnya balik rumah tu habis satu badan sakit-sakit huhuhu... “Majulah sukan untuk Negara”




Hampir jam 1 petang acara sukan tamat. Kali ini rumah Biru jadi juara. Dari sekolah abang kami gerak pula pergi JJ untuk makan tengahari sambil bawa dua-dua tok jalan-jalan. Walaupun badan sudah letih tapi digagahkan jua. Kali ini en.hubby menaja KFC sebagai hidangan tengahari kami sekeluarga. ...yey!!! Lewat petang baru sampai rumah, memang berjalan sakan...


Hari Ahad, dua-dua tok dah balik kampung. Tinggallah kami anak-beranak. Selepas hantar mereka berdua naik bas, kami ke Giant pula beli barang-barang dapur kemudian petang Ahad itu juga en. hubby panggil kawannya datang rumah untuk betulkan segala pintu bilik air, paip air di rumah tu. Si Persona akan dibaiki minggu hadapan oleh kawan en.hubby yang serba boleh itu juga. Pendek cerita hari minggu yang lalu adalah hari-hari yang sangat padat dan meletihkan... tapi syukur alhamdulillah banyak perkara dapat diselesaikan juga.

No comments: