Friday, June 25, 2010

:: Catatan Perjalanan 4 ::

Awal pagi hari Rabu (9 Jun 2010) dah bersiap-siap untuk balik KL. Mak mertua memang terkejut juga bila dibagitahu yang kami balik KT hanya untuk satu malam sahaja; semata-mata hantar si abang untuk menghabiskan cuti persekolahannya yang berbaki seminggu lebih itu di KT. Kalau hendak diikutkan, si adik pun hendak ditinggalkan di KT berdua-dua dengan abang, tapi saat-saat akhir sebelum bertolak balik tu, tak jadi pula. Macam tak berapa nak harap sangat adik ni, sebabnya dia tak boleh berpisah dengan ibunya ni lama-lama sangat. Kalau tidur malam tu memang nak berkepit bawah ketiak ibu sajalah.

Kami bertolak kurang lebih jam 9.30 pagi. Keluar dari rumah, en. Hubby ambil jalan pantai melalui pinggir lapangan terbang antarabangsa KT. Memang sengaja bawa mak dengan banglong ronda-ronda. Kemudian kami lalu hadapan kedai menjual keropok yang sedang popular sekarang ni; Keropok Lekor BTB. Intai-intai dulu ramai ke tidak orang beratur beli keropok, lagi-lagilah musim cuti sekolah ni kan.

Aik!!! Intai punya intai, hmmmm.... tidak ramai pula orang; dalam 2 ke 3 orang sahaja yang beratur. Apalagi terus lipat korner paking sebelah kedai dan saya turun dulu pergi beratur.

Tak ramai pun yang beratur

Dalam beg plastik itulah hasil tangkapannya; panas-panas lagi tu

Banyak juga beli keropok; untuk adik, untuk kawan-kawan di rumah, untuk sendiri. Nak basah-basahkan tekak, kami beli pula jelly kelapa yang ada dijual di situ.

Sudah siap membeli keropok, kami gerak pula ke Masjid Kristal di Pulau Wang Mang... En. Hubby ingin memenuhi hasrat ibu mertuanya yang teringin sangat mengunjungi masjid yang kini menjadi kekaguman seluruh rakyat jelata itu. Sebelum ke Pulau Wan Man, kami buat rondaan di sekitar Stadium Sultan Mizan yang runtuh dulu. Hmmm... masih kekal begitu juga, tidak pasti pula kenapa ia dibiarkan begitu saja setelah sekian lama. Mungkin tidak ada bajet? Wallahua’lammmm... akan tetapi stadium runtuh ini seakan telah menjadi salah satu tempat pelancongan yang wajib dikunjungi oleh mereka yang berkunjung ke KT pula.

Kami meninjau perkarangan Masjid Kristal sambil bergambar. Hanya menziarah masjid sahaja, tidak sempat mengunjungi Taman Tamadun Islam memandangkan kekangan masa yang ada. Tapi sempat juga buat rancangan untuk bercuti-cuti di KT bulan November nanti dan rancangan ini akan diwar-warkan pada geng-geng percutian ke Langkawi tahun lepas hehehe...
Layan hasil menembak sikit...








Pernah dengar bir halal? Ya... ini dia keluaran dari Iran yang diberi nama Istak. Ada pelbagai perisa boleh dicuba, perisa original juga ada akan tetapi memang tidak sesuai le dengan tekak kami anak-beranak. Nak habiskan satu tin ni pun dah cukup siksa. Cuma sebab nak rasa jugakkan, telan jugalah seteguk dua. En. Hubby dengan banglong tu muka sudah berkerut-kerut nak telan air tu.




Dari Masjid Kristal kami teruskan perjalanan. Kami hanya singgah bandar Dungun untuk makan tengahari. En.hubby bawa kami meronda sekejap tepian pantai Dungun itu di tengahari panas terik. Kami berhenti makan di satu kedai ni; Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah. Hmmm... boleh tahanlah rasanya. Janji perut kenyang... Alhamdulillah...





Lepas makan terus gerak, tidak singgah di mana-mana sampailah masuk lebuhraya pantai timur. Berhenti solat di Hentian Rehat Gambang. Kemudian terus gerak balik KL. Waktu ini di LPT hujan turun selebat-lebatnya. Pandu kereta pun tidakle merempit sangat, jalan licin.

Sampai KL, singgah Sentul rumah adik. Mak dengan banglong bercadang bermalam di rumah adik. Si kecil Insyirah pun ditinggalkan dengan toknya. Hari Sabtu nanti baru ambil balik Puchong. Maka, berdua-duaanlah saya dan en.hubby untuk 3 hari ni :)

Maka tamatlah sudah catatan perjalanan saya dan keluarga musim cuti sekolah yang lalu. Singkat namun padat.

No comments: