Monday, June 28, 2010

:: Malam Minggu di i-City ::


Jumaat malam lepas kami ronda-ronda ke i-City Shah Alam. Apa ada di sini? Saya rasa bolehlah gelarkan juga i-City ini seperti taman lampu. Semua pokok-pokok dan pelbagai objek dipasang dengan lampu berwarna-warni. Cantik. Kawasan taman juga agak luas, tetapi kami tidak pusing habis satu taman pun, masing-masing dah tak larat. Masih banyak tempat yang tidak kami lawati antarnya deretan bangunan yang dilimpahi lampu dan juga kawasan snow. Mungkin lain kali pula...


Waktu mula-mula sampai... bukan anak-anak saja yang teruja, ibu dan maksu pun sama


Ianya dibuka setiap malam dan ditutup lewat tengah malam. Pengunjung memang ramai terutamanya pada malam minggu. Kena datang awal, mungkin seawal lepas Maghrib untuk mendapatkan tempat parking lebih mudah. Bayaran parking dikenakan sebanyak RM1 untuk sebuah kereta. Oklah kannnn.... tapi Dikyah kata sebelum ni masuk percuma saja. Biasalah bila dah lama-lama, dan sudah ramai pengunjung, waktu inilah nak mencari keuntungan sikitkan.

Apa aktiviti yang boleh dibuat di sini? Apalagi, kalau bukan sesi bergambar... akan tetapi en.hubby tidak mahu gambarnya diambil dalam keadaan yang masih bertongkat. Inilah antara hasil tembakan pada malam minggu itu di i-City. Rasanya harus cari lensa yang lebih mantap selepas ini. Mungkin projek tahun hadapan le pula...


Abang sudah mula buat perangai sebab ada hajatnya yang tidak ibu penuhi malam itu. Bergambar pun tak berapa ihklas.

Selepas ronda-ronda i-city, tiba masa untuk melepak pula. Kali ini maksu bawa kami ke Hailam Kopitiam. Dua-dua tok sekali kami bawa ikut melepak sambil tengok bola hehehe... tengah malam baru sampai rumah.


3 comments:

mama ju, said...

Salam cikgu

Seronoknya dpat pe situ...mama tak sampai2 lagi.Teruja sungguh nak tenguk lampu2 tu. Nampak macam bukan kat Msia je...
Moga cikgu sekeluarga bahagia.

khay ke'ai said...

wow weeee...kikiki adik mcm ustazah..=)

Nurilhami said...

mama ju : salam... memang seronok di sana, tak berkelip mata hehehe. sesekali berkunjunglah ke sana bawa anak2

khay ke'ai : aulad muslimah gitu hihihi