Thursday, June 10, 2010

:: Cuti Sekolah ::

Baru saja sampai rumah jam 10.30 malam tadi. Biasalah kami ni, tiba cuti sekolah saja mesti ambil peluang balik ke kampung. Waktu ini saya berseorangan di rumah, en. hubby keluar jumpa kawan-kawan, si abang ditinggalkan di KT, si adik pula ada di Sentul. Tiba-tiba rasa sunyi pula, tidak ada suara anak-anak yang riuh rendah, kejap bergaduh kejap ketawa terbahak-bahak walau hakikatnya anak hanya 2.

Esok akan masuk pejabat semula selepas bercuti beberapa hari. Kononya tadi selepas bersih-bersihkan diri, terus nak masuk tidur, tiba-tiba pula mata ni belum rasa kantuk ditambah pula dengan perut yang kedengarannya seperti bernyanyi-nyanyi pohon diisi. Maka laju saja tangan ini menekan punat telefon, merengek pada en.hubby kalaulah dapat belikan apa-apa buat saya untuk diisi perut yang masih berbunyi ini....hihihi...

Oleh kerana itulah... saya terpanggil-panggil pula untuk menaip sesuatu di sini. Buat mengisi masa yang ada sementara menunggu en.hubby membawa apa yang dinanti. Perihal cerita saya di kampung mungkin esok atau lusa akan ditempek di sini. Tapi sememangnya percutian kali ini walau pendek namun sangat padat... kami berjaya balik di kedua-dua kampung... sangat seronok walau tidak puas. Syukur alhamdulillahhhh masih diberi peluang untuk balik ke kampung menatap wajah emak, emak mertua mahupun abah mertua malahan dapat juga bertemu dengan saudara-mara. Banyak juga perkara dapat diselesaikan sepanjang berada di SP.

No comments: