Wednesday, March 31, 2010

:: Tahniah Dik Mad dan Hidayah ::

Baru rasa nak cerita pasal kenduri Dik Mad dengan Hidayah. Majlis akad nikah telah dilangsungkan pada 12/3 di rumah pengantin perempuan di Kuala Krai (mek Kelate ni) dan kendurinya telah berlangsung pada keesokkan harinya. Tak adalah gambar-gambar diorang masa majlis di Kuala Krai, yang adanya masa majlis di rumah maklang sajalah pada 16/3 tu. Itupun tak banyak sebab masing-masing sibuk dengan urusan majlis.

Masa di Kelantan diorang pakai merah, di sini semua serba biru. Wahhhh...ni sama je macam Ijah dulu. Ijah kata senang, sebab cadar semua tak payah beli dah, guna saja yang dia punya dulu. Sikit punya jimatlah...hehehe... Sekarang ni semua senangkan... urusan makanan untuk jemputan mahupun di meja pengantin semua katering yang uruskan. Tuan rumah bayar saja. Yang jadi sibuk ni.... dengan hal-hal yang kecil-kecil sajalah, macam bunga telur, cenderahati untuk jemputan, hiasan bilik pengantin, pelamin (ni versi tak ada kerusi, pengantin duduk atas bantal je). Perihal cenderahati ni pun ada banyak kategori juga; untuk jemputan sebelah pengantin perempuan, untuk kumpulan marhaban, untuk jiran-jiran dan saudara-mara, untuk budak-budak. Tok tek...tok tek...kira banyak benda juga nak kena buat. Adik-beradik saya dengan keluarga maklang ni memang rapat (maklumlah mak ngan maklang kan adik-beradik)jadi kami pun sama sibuk jugalah nak melancarkan majlis. Lagipun sesekali seronok juga dapat berkumpul bersama. Nak tunggu hari-hari lain memang tak ada masa.

Pasangan pengantin. Waktu mula-mula dengar Dik Mad nak kahwin...hah terkezut juga kami dibuatnya. "Hah!! Dik Mad nak kahwin? Biar betul???"... bukannya apa, Dik Mad ni sangat le manja orangnya. Dia anak bongsu maklang. Memang maklang tatang baikkkk punya... tengok gaya macam susah je Dik Mad nak berdikari... tup tup dah nak kahwin (dah kahwin dah pun). Moga-moga Dik Mad semakin matang dan bijak menguruskan rumahtangganya dengan Hidayah.

Inilah dia mak pengantin aka maklang ku...

Kali ini maklang jemput kumpulan marhaban mak. Hmmm...dah lama tak dengar marhaban. Teringat zaman sekolah dulu, arwah wan paksa kami adik-beradik belajar marhaban dan berzanji. Waktu tu memang siap ada kumpulan lagi. Kami berlatih tiap-tiap minggu dengan arwah wan. Bila ada kenduri kahwin kat mana-mana, mesti kumpulan kami dijemput untuk bermarhaban. Owhhhh....terkenang semasa dulu...


Kumpulan Marhaban mak.

Dari kiri : Saya, Ijah, Dik Yah. Ni belum cukup korum. Kalau dah cukup lagi riuh rendah, lagi weng hahahah...

Ni Hanisah (anak Ijah) dengan si adik. Moga mereka juga akan rapat sampai bila-bila macam kami.

Saya dengan Dik Yah tak tunggu sampai habis majlis. Kami balik KL lepas Zuhur. Rasa ralat juga tapi nak buat macam manakannn... Bulan 6 nanti maklang akan buat kenduri lagi. Kali ini giliran Bang Zam (anak sulung maklang aka abang si Ijah dan Dik Mad) pula naik pelamin. Insyaallahhh kalau tak ada apa aral sampai le kami kat rumah maklang. Biasalah kan...mesti jadi orang kuat belakang maklang hehehe...




Sunday, March 28, 2010

:: Jalan-jalan Cari Buku ::

Selepas balik dari bercuti di Sabah, saya ingat takkan berpeluang lagi nak berkunjung ke PBAKL tahun ini. Agak kecewa juga rasanya hati andai kata tidak dapat kesana. Namun perancangan Allah jua yang terbaik, akhirnya sampai juga saya malah bersama-sama dengan en.hubby dan anak-anak. Walaupun hari ini adalah hari terakhir namun saya lega. Saya lega dapat juga bersama-sama meriahkan pesta ilmu ini, juga dapat membawa anak-anak bersama merasai kemeriahannya. Tahun-tahun sebelum ini, saya berseorangan ke pesta ilmu ini dan sememangnya saya ingin bersendirian begitu sebabnya hanya saya saja yang tahu.

Kami sampai di PWTC waktu jam menunjukkan tepat 12 tengahari. Waktu itu panas terik mentari tepat di atas kepala. Dalam keadaan saya yang kurang sihat ini, saya kuatkan hati dan semangat saya bertambah kuat bila membayangkan buku-buku yang bakal saya temui nanti. Waktu ini pengunjung sudah semakin ramai, dan kepala saya semakin berdenyut-denyut. Namun semua itu seakan hilang bila mula berada di lautan buku dan saat berkunjung dari satu booth ke satu booth. Dah habis pusing di sini, kami gerak pula dewan Tun Razak 3. Di sini saya mencari-cari booth Jemari Seni Publishing... jumpa juga akhirnya. Seronok dapat jumpa Kak Noor Suraya, sempat juga membeli beberapa buah novel. Kami teruskan penjelajahan dan waktu ini anak-anak dah mula buat perangai. Masing-masing dah letih, lapar...dan macam-macam kerenah lagi.

Di booth PTS, para petugasnya memakai topi ala cowboy (berkilat dan berwarna-warni) memberi kelainan . Menarik bukan, kreativiti mereka menjadi salah satu daya tarikan untuk menarik pengunjung.

Mendapatkan tandatangan Faisal Tehrani dalam buku terbaru beliau; Bahlut. Tak sempat nak pose, en.hubby dah terus snap.

Setelah lebih 2 jam setengah berjalan-jalan... maka inilah hasilnya yang dibawa balik.
Kali ini hasil tangkapan tidaklah sebanyak tahun lepas. Bajet harus juga dikawal, almaklumlahkan baru balik dari bercuti ni. Kali ini juga saya lebih banyak membeli buku-buku latihan untuk si abang dan adik.


Beli juga buku cerita untuk abang. Ini pilihan abang sendiri walaupun saya sedikit terkejut dengan pilihannya. Rupanya ini genre cerita yang dia suka, padahal abang ni sangat le penakut orangnya.

Ini buku latihan kedua yang adik buat lepas Maghrib tadi. Petang tadi adik dah siapkan satu buku.

Saturday, March 27, 2010

:: Nasi Lemak Buah Bidara ::

Hari ni saya masak nasi lemak dengan sambal tumis udang untuk sarapan kami sekeluarga. Dah lama rasanya saya tak buat nasi lemak ni, biasanya kami beli saja. Walaupun mungkin tak sesedap yang dijual di luar sana, tapi bila tengok en.hubby dan anak-anak makan dengan berselera... syukur alhamdulillahhhh. Tapi en.hubby ada juga tegur, katanya nasi tu tawar sikit....hmmmm saya dah agak dah sebabnya 2 3 hari ini saya tak berapa sihat dan selsema, jadinya lidah saya ni tak berasa apa-apa la. Bila masak tadi tu tak berani nak letak garam lebih takut termasin pula...alih-alih tawar pula jadinya. Tapi lepas tu en. hubby pujuk balik... dia cakap tidaklah tawar sangat huhuhu...

Hari ni seharian berada di rumah. Petang semalam dah merancang dengan en. hubby nak pergi pesta buku tup tup teringat pula yang saya harus bekerja, si abang pula ada kelas bolasepak. Jadi kami tunda ke pesta buku esoknya. Harap-harap rancangan ke pesta buku esok tiada berhalangan... insyaallahhh... namun semua itu ketentuan Allah juakannn...

Friday, March 26, 2010

:: Cerita Semalam ::


Semalam, 25 Mac adik genap umur 5 tahun. Sudah besar anak dara ibu seorang ni. Tiada acara besar-besaran menyambutnya, hanya sekadar sebiji kek dan sate dan disambut bersama-sama abah, ibu, abang, semestinya ada adik jugaklahkan. Diusia adik 5 tahun, ibu hanya mengharapkan dan berdoa moga adik akan membesar dengan sempurna, penuh bahagia, sihat sentiasa. Semoga adik membesar menjadi orang berguna pada ibu, abah... pada agama mahupun bangsa. Itulah doa ibu setiap tahun untuk setiap anak-anak.

Kek ini ditempah awal, dan gambar atas kek dipilih sendiri oleh adik. Sebab apa adik pilih gambar ipin makan ayam goreng? Simboliknya sebab adik pun suka makan ayam goreng hihihi... Macam-macam hal anak dara sorang ni. Ni memang dah buat abang dia sangat cemburu, dan kesannya abang dah tempah awal pada ibu untuk harijadinya bulan Julai nanti; kek beserta gambar upin&ipin yang besar punya.... sabar jelah.

Thursday, March 25, 2010

:: First Day Cover ::

Hobi mengumpul Sampul Surat Hari Pertama ni telah saya tinggalkan berbelas tahun yang dulu. Kini setelah sekian lama saya kembali meneruskan hobi ini. Masih saya ingat waktu itu saya masih di bangku sekolah rendah dan yang menjadi pendorong saya kepada hobi ini adalah arwah abah. Kebiasaannya arwah abahlah yang akan belikan sampul surat keluaran hari pertama dan diberikan kepada saya untuk disimpan dan dijadikan koleksi. Selain Sampul Surat Hari Pertama, saya juga gila mengumpul setem dan hobi ini juga dikongsi bersama arwah abah. Tapi mungkin sekarang macam susah sikit nak teruskan mengumpul setem sebab aktiviti mengutus surat pun sudah lama ditinggalkan. Tapi buku setem yang lama-lama dulu masih elok dalam simpanan saya. Cuma yang sedikit ralat…koleksi Sampul Surat Hari Pertama sudah tiada. Tidak pasti pula kemana menghilangnya.

Sejak tahun lepas lagi saya dah mula balik dengan hobi ini, tapi setiap bulan asyik terlepas saja. Jadi tahun ini dah nekad dan serius nak kumpul. Saya dah siap cetak jadual keluarannya supaya saya tidak terlepas lagi. Kalau dulu arwah abah tolong jadi pembelinya, kali ini giliran en.hubby pula. Itupun sebab pejabat en.hubby berdekatan dengan pejabat pos, mudahlah sikit.

Rasa-rasanya anak-anak zaman sekarang ni tak berapa nak ambil pot sangat benda-benda macam ni kan…. Silap-silap tak tahu pun pasal Sampul Surat Hari Pertama ni. Baru ni si abang dok sibuk tanya bila dia tengok saya dok pegang Sampul Surat Hari Pertama keluaran 23/3/2010. Dia tanya apa yang saya pegang tu, saya pun jawab le. Kemudian dia tanya lagi, buat apa saya beli. Saya jawab, saja nak simpan. Tapi dia masih tak faham kenapa saya perlu simpan semua tu, untuk apa? Hmmm…macam mana nak cakap ye. Saya pun tak berapa pandai nak jelaskan panjang lebar. Mungkin saya perlu ambil satu masa khusus untuk ceritakan semua ini kepada dia. Mana tau kot nanti timbul minat pula nak kumpul dan jadikan hobi macam ibu dia ni.

Wednesday, March 24, 2010

:: Chicken Chop ::

Dulu-dulu kami anak-beranak tidak berapa gemar nak makan chicken chop ni. Tak tahulah kenapa kan, mungkin tak kena dengan tekak agaknya. Lagi-lagi en.hubby le...memang susah nak terima selera barat ni. Tapi kannn... bila kami cuba chicken chop yang kat kedai ni, perghhhh... sedap le pulok. Kedai ni lokasinya dekat saja dengan rumah dan sebenarnya ia hanyalah sebuah kedai mamak. Tapi sejak dia perkenalkan menu western tahun lepas...chicken chop ni le yang menjadi pilihan kami sekarang. Seminggu sekali mesti pekena dan yang paling suka si adik le. Dia punya sos lada hitam tu sedap... selera tekak saya, en. hubby dan anak-anak le yang kata sedap, tekak orang lain tak tahulah kannn. Ke... mamak ni dah mandrem??? hehehe...

Dah sekian lama dok pergi makan chicken chop ni tak pernah nak ingat ambil gambar. Ni yang semalam punye dan masih sedap hehehe. Itupun dah mula makan sikit baru teringat saya ada bawa kamera. Sebenarnya si abang dah ajak makan sejak hari Ahad malam lagi. Tapi sebab malam tu lauk-pauk dan nasi yang masak siang masih ada, jadi pujuk-pujuk le abang makan chicken chop hari lain.

Kalaulah saya pandai buat chicken chop ni kannn... lagi best nak jamu anak makan dengan air tangan sendiri. Tapi kalau cuba pun entah sedap entah tidak macam yang diorang makan kat kedai. Ingat nak cuba juga buat sendiri satu hari nanti... satu hari nanti yang entah bila hahaha...

Monday, March 15, 2010

:: Yang ke 100 ::

Entry ke 100... saya biarkan gambar yang bercerita...

Tiba masa untuk.......makannnnn


Pesan dan bayar...


Sebelum makan... baca Bismillah dulu

Jom makan-makan di RFC

Ki..talah juara...

Kerana adegan dalam gambar di atas, asu terpaksa memujuk si adik yang merajuk...

Sebelum adegan merajuk dan pujuk-memujuk...

Masing-masing belum mandi, tapi posing tetap punya...

Alangkah bahaginya kalau mereka selalu begini...

Dan selalu begini juga...

Eh! kenapa muka abang nampak lebar semacam ni?

Hishhh...adik ni posing cun le sikit, biar nampak vouge macam asu hihihi...

Asu yang memang suka sangat bergambar. Penyakit dah berjangkit ke anak-anak buah...

Senyum seindah suria...

:: Tiba-tiba saja... ::

Sejak malam semalam saya tengok si abang dok sok sek... sok sek hidung dia. Dia ada cakap juga, "ibu, abang rasa macam panas je mata ni." Hmmm... sudahhh...itu dah tanda-tanda selsema le tu. Kemudian saya rasa dahi, badan abang... suam-suam saja...macam nak demam je ni. Ohhhh... sudah...bikin hati ini makin risau. Hari ni tengok keadaan dia masih sama, saya terus bawa ke klinik. Di klinik,mujurlah doktor cakap selsemanya hanya tahap biasa dan ada demam sikit je.... syukur alhamdulillah. Bukannya apa, kalau dia demam teruk takut nanti hari Rabu nak terbang jauh jadi masalah pula. Haraplah dia dapat lega cepat. Saya siap cerita dengan doktorla pasal perancangan kami hari Rabu tu, jadi doktor pun bagi ubat selsema dan antibiotik yang agak kuat le. Hahhh...kuat tak kuat...lepas tu kena bayar sampai RM45 untuk 3 jenis ubat saja...tapi tak kisahle, kesihatan anak-anak le yang diutamakannn. Dah 2 jam lepas makan ubat tu, nampak dia dah semakin ok. Tapi doktor cakap ubat selsema tu mengantuk, si abang tak ada pula tidur pun lepas makan tadi... hmmm...????

Budak-budak ni kannn...kalau dia tak sihat pun digagahkan juga diri nak main. Paling tidak kalau dah tak daya sangat, dia baring kejap lepas tu dia bangun balik sambung main... Demam dia tu pun saya rasa sebab petang semalam kena hujan sikit. Sebelum hujan tu, memang sakan le bermain tengah-tengah panas. Puas dipesan, dijerit-pekik...suruh masuk dalam rumah...hmmppphhh....tak ada maknanya... dah namanya budak-budak. Lagi-lagi ada geng, memang sakan le main. Bila dah malam tu hahhhh...baru dok terbaring letih campur badan tak berapa sihat.

Hishhh....ni yang buat ibu nak mula membebel ni kannn.... sampai terbawa-bawa kesini pula ni... huhuhu...

:: Kutemui Damai Di sini ::

Syukur alhamdulillahhhhh.... akhirnya saya berada di SP. Sangat lapang hati, sangat gembira, tenang dan damai walaupun cuaca panas membahang. Terasa satu kelegaan yang tak dapat saya gambarkan. Memang saya terlalu rindukan rumah ini, suasana di sini... entahlah kenapa.

Perjalanan balik pada Sabtu yang lalu pun lancar saja, walaupun harus memandu sendiri untuk beberapa jam namun sebab semangat nak balik kampung tu mengatasi segala penat dan lelah. Walaupun tak sabar-sabar nak sampai SP, saya memandu dengan kelajuan sederhana sahaja, tak adalah nak gelojoh sangat hehehe... tapi sepanjang jalan hati tu berbunga gembira saja. Waktu sampai SP, hujan lebat menyambut kami... syukurlah tidak terasa bahang sangat. Kalau tidak sebelah pantai barat ni memang bahang panasnya terlebih-lebih dari tempat lain.

Berehat di R&R Sungai Perak. Sesak dengan orang, berebut parking, berebut tempat makan.


Ahad pagi, awal-awal lagi dah bangun pergi taman burung. Berjoging, bersenamrobik, bersuka-suka dekat playground dan semestinyalah berposing sakan...


Balik kali ini pun ada acara lain juga. Biasalahkan musim cuti sekolah ni, haruslah ada majlis kahwin. Tambah lagi majlis sepupu sendiri, kira rapat jugalah, haruslah wajibkannnn. Majlis akan berlangsung esok, jadi 2 hari ni memang asyik berkunjung rumah maklang sajalah, bantu persiapan apa-apa yang patut. Sesekali bertemu, sepupu-sepapat memang riuh rendah, huru-hara jadinya, tapi best. Sedih juga ni sebab esok dah nak balik...

Friday, March 12, 2010

:: Produktiviti menurun ::

Hari ni macam pelik saja rasa dekat pejabat ni. Sejak dari pagi tadi, tak banyak pula kerja yang nak dibuat, macam hari bersantai-santai pula kekdahnya hehehe... Yang luar biasanya lagi, sepanjang setengah hari ni juga saya tidak menerima sebarang panggilan aduan masalah ataupun sebarang emel. Hmmmm... pelik memang pelik. Tapi ok juga tu, sebabnya hati ni separuhnya sudah rasa cuti-cuti hihihi...

Wednesday, March 10, 2010

:: Tukar Mod...dan Cik Mood ::

Minggu ni mod kerja saya sudah bertukar ke mod bercuti....hehehe... dah tak sabar menghitung hari, akan bercuti sepanjang minggu... minggu depan. Cik mood saya pun sudah berubah sejak dari Isnin lagi. Dari mood semangat bekerja sudah bertukar ke mood cuti-cuti Malaysia huhuhu... Mujur juga le minggu ni bebanan kerja tidak le rasa terbeban sangat jika nak dibandingkan dengan 2 minggu lepas. Yang pasti kerja akan dibereskan sebelum saya bercuti.

Anak-anak di sekolah pun nampak relaks saja. Terutamanya si abang le... minggu ni nampak dia relaks sikit, tidak dibebani kerja sekolah. Kalau ada pun 1 atau 2 saja. Agaknya cikgu-cikgi dia pun dah tukar mod cuti sekolah kot hihihi... Cuma satu saja yang saya pelik dengan sistem di sekolah abang ni. Kalau di sekolah-sekolah lain dah sibuk dengan ujian bulanan sejak minggu lepas lagi, sekolah dia lain pula halnya. Bila tanya si abang, dia cakap, cikgu cakap ujian lepas cuti. Le pula dah... memang potong mood betullahhhh... Bila masa le anak ni nak buat ulangkaji, sah-sah minggu depan cuti, balik kampung lepas tu pegi jalan-jalan...

Sebelum pergi cuti-cuti Malaysia, saya akan balik SP dulu hujung minggu ni. Balik dengan anak-anak saja sebab en. hubby tak boleh cuti lama-lama. Sebab nak jalan jauh ni, hari ni barulah saya tergedik-gedik bawa kereta pergi servis hihihi... mujurlah minor servis saja. Selesai bab kereta, baru rasa lega sikit nak jalan jauh. Itupun, dalam dok rasa lega tiba-tiba ada juga perkara mengganggu mood saya ni. Tercalar-balar rasa hati bila rasa diri dah macam kena tipu. Memang bengang betul, tapi nak buat macamanakan... benda dah nak jadi. Harap-harap perkara ni akan selesai walaupun ianya telah menjejaskan perancangan cuti-cuti saya dan keluarga. Sakit hati ni memang dok terasa ni, tapi dok lah pujuk supaya sabar...dan sabar...dan sabar lagi... mungkin bukan rezeki saya, mungkin juga saya akan dapat yang lebih baik lagi selepas ini. Yaaa... segalanya mungkin...hanya Allah saja yang Maha Mengetahui segalanya.

Monday, March 08, 2010

:: Emak ::

Rasa-rasanya kali terakhir balik SP dan jumpa mak masa hari raya Haji yang lalu. Memang dah rindu sangat dengan mak walaupun selalu dok bercakap di telefon. Mana nak sama dengan jumpa bertentangan matakan...

Minggu lepas mak datang itupun sekejap, semalam dah balik. Mak datang sebab nak buat passport dengan Dikyah. Lega dapat jumpa mak. Terlerai segala rasa.... gundah-gulana ke, resah-gelisah ke, hilang semua. 3 malam tidur rumah adik di Sentul, 2 malam lagi tidur rumah saya. Bila mak ada apalagi, mengada-ngada le minta mak masak hehehe... Jumaat malam bawa mak pergi pasar malam Putrajaya. Saja bawa mak jalan-jalan sambil cari bahan dapur, sebabnya esoknya nak minta mak masak gulai nenas ikan kering..... pergghhhhh lama betul dah tak makan tu. Hari Sabtu tu memang puas la makan, lagipun beberapa hari sebelum tu memang saya tak ada masak sangat. Asyik dok pekena lauk kedai saja. Sekali kena air tangan mak.... hmmmm.... memang tak dapat nak kawal le.

Tapi tak apa, hujung minggu ni akan balik SP sekejap. Dah rindu betul nak tengok rumah kat kampung, rindu gak nak ziarah arwah abah. 2 ke 3 minggu ni memang asyik dok teringat arwah saja, tak tahulah kenapa.

Semalam lepas balik hantar mak, bawa anak-anak jalan-jalan cari pasal huhuhu... Biasalahkan en. hubby tak ada (camping @ Berkelah). Bila kami bosan kat rumah, apalagi keluar jalan-jalan le, pastu memang kena paw ngan anak-anak le, nak itu nak ini, nak makan tu nak makan ni, tapi saya layan sajalah. Dah penat kami balik.... hehehe...duit dalam dompet pun makin kopak le juga kuang..kuang..kuang..

Friday, March 05, 2010

:: Jumaat Yang Indah ::

Syukur alhamdulillah di atas segala rezeki dan nikmat kurniaanNya, dan keranaNya juga masih berpeluang untuk terus menikmati kehidupan. Ingin mulakan hari yang indah ini dengan penuh semangat, tinggalkan semalam dengan keinsafan. Moga hari ini lebih baik dari hari semalam. Yang semalam itu mungkin singgah jerebu di hati, hari ni harapnya cerah sepanjang masa... walaupun cuaca sedang panas membara....insyaallahhhh.

Thursday, March 04, 2010

:: Kerana Pulut Santan Binasa ::

Kerana mulut badan binasa... kalau di dunia blog...kerana tulisan rosak segalanya. Boleh ke macam tu, bolehlah kan. Pengajaran kali ini betul-betul terkena di atas pundak sendiri. Saya hambaNya yang sangat khilaf, meluahkan rasa tanpa usul periksa walaupun niat bukan membuka aib sesiapa namun itulah resam dunia.

Saya memohon maaf secara terbuka buat sesiapa saja yang mungkin mengunjungi teratak saya ini andai hidangan saya buat pengunjung tidak memenuhi citarasa malah mengganggu-gugat jiwa dan raga.

Teratak ini sekadar luahan rasa diri, tentang hidup, tentang kehidupan, tentang masa depan untuk saya simpan sebagai kenangan, panduan mahupun pengajaran. Hanya itu. Macamana lagi ya harus saya bereaksi.

Ya...inilah ujian Tuhan buat hambaNya. Teguran dariNya bahawa betapa lalainya saya dengan kehidupan dunia.

Tuesday, March 02, 2010

::Debaran::

Dua tiga hari ni saya lalui dengan penuh debaran di hati. Semua jadi serba tidak kena, duduk tak kena, berdiri pun tak kena...malah makan pun kurang berselera. Saya mengharapkan sesuatu yang positif namun... debaran itu berakhir hari ini. Dan... saya agak kecewa tapi saya terima dengan redha segala percaturanNya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya... kita sebagai hamba hanya mampu berusaha, Dia juga yang berkuasa atas segalanya.

Saya sms en.hubby mengharapkan sokongannya. Kali ini saya rasa sangat kecewa, mujurlah en.hubby sangat memahami dan memujuk melegakan sedikit perasaan. Huhuhu...percayalah hati bahawa semua ini ada hikmah tersembunyi. Ada khilaf yang tidak kita sedari, fikir dan muhasabah diri... akhir sekali doa serta tawakal kepadaNya. Bukan rezeki kami untuk kesekian kalinya...