Monday, July 11, 2011

:: Berkursus::

Minggu ini dia berkursus lagi untuk 5 hari. Kiranya sudah cukuplah (sudah terlebih pun) kuota 7 hari kursus dalam setahun. Tapi kursus kali ini agak memeningkan kepala walau baru masuk hari pertama.


Sejak minggu lepas dia tenung-tenung sahaja tajuk kursus yang dia akan hadir ni dan dia memang 'blur' langsung. Memang tak faham apa yang akan dia pelajari sepanjang kursus, malah tak nampak bayang langsung. Dia ingat hari pertama ini dia akan dapat bayanglah apa yang dia akan pelajari sepanjang 5 hari ni, tapi sampai sekarang dia tetap 'blur'. Macamana ni?


Baru setengah hari rasa dah berat kepala memikir, macamana lah hendak harung lagi 4 hari setengah. Ya Allah.... terangkanlah hati-hati kami ini.... insyaallahhhh

2 comments:

♥ manje ♥ said...

kursus apa tuh? ~

Nurilhami said...

hi cik manje, lama tak dgr citer hehehe. Kursus apa ye....susah betul nak citer sebab tajuk kursus pun dah panjang bebenor kihkihkih... kursus utk orang yg kerja belakang tabir ni :)