Thursday, March 04, 2010

:: Kerana Pulut Santan Binasa ::

Kerana mulut badan binasa... kalau di dunia blog...kerana tulisan rosak segalanya. Boleh ke macam tu, bolehlah kan. Pengajaran kali ini betul-betul terkena di atas pundak sendiri. Saya hambaNya yang sangat khilaf, meluahkan rasa tanpa usul periksa walaupun niat bukan membuka aib sesiapa namun itulah resam dunia.

Saya memohon maaf secara terbuka buat sesiapa saja yang mungkin mengunjungi teratak saya ini andai hidangan saya buat pengunjung tidak memenuhi citarasa malah mengganggu-gugat jiwa dan raga.

Teratak ini sekadar luahan rasa diri, tentang hidup, tentang kehidupan, tentang masa depan untuk saya simpan sebagai kenangan, panduan mahupun pengajaran. Hanya itu. Macamana lagi ya harus saya bereaksi.

Ya...inilah ujian Tuhan buat hambaNya. Teguran dariNya bahawa betapa lalainya saya dengan kehidupan dunia.

2 comments:

mama muzz said...

salam...

ala kay...relex lah...blog kita...kita punya kan...kita tulis apa yg kita rasa.....klu org tak suka....takyah baca...senang cite.....

mazlyna

khairanimaisurah said...

Salam Maz,

Entahle Maz, aku pun tak tau nak cakap apa. Aku ni mmg sensitif sikit, lagi2 kalau orang dah salah anggap ngan aku. Benda ni mmg akan menghantui akulah utk beberapa hari ni walaupun sebenarnya dah settle (aku rasa le).