Thursday, January 13, 2011

:: Tumpang gembira ::

Nampaknya projek rumah yang en.hubby beli yang sudah bertahun terbengkalai itu telah Berjaya disambung semula. Setelah hampir beberapa tahun para pembeli memperjuangkan hak mereka untuk menggerakkan projek agar rumah-rumah mereka disiapkan akhirnya telah membuahkan hasil.

Kalau diikutkan rumah yang dibeli itu dapat didiami pada tahun 2004 macam tu. Kalau tidak silap sayalah kan. Tapi seperti yang sudah dimaklumkan, sampai masanya… rumah tu tak siap siap juga. Semua pembeli memang rasa kecewa teramat sangat termasuklah saya dan en.hubby. Lagilah yang buat pinjaman dengan bank kann… bayaran interest sahaja bukannya sedikit. Memang sakit, bulan-bulan kena bayar dengan bank, sudah tu hendak sewa rumah yang sedang didiami lagi kannn… rumah sendiri yang beli tu tak nampak bayang waima dinding sekalipun. Alkisahnya saya dan en.hubby tercampak ke daerah Puchong ni pun sebab beli rumah dekat kawasan sini juga. Memang berangan, kalau rumah dah siap senang hendak pindah-memindah. Tambahan pula masa tu saya telah bertukar pejabat ke Putrajaya. Senang… pejabat dekat sikit, tinggal en.hubby saja masa tu kena berulang-alik setiap hari Puchong-KL-Puchong. Lama-kelamaan, tengok rumah yang dibeli masih tidak ada tanda-tanda siap, ditambah dengan kos sewa rumah makin menaik, terus buat keputusan beli rumah lain. Kebetulanlah ada yang hendak jual rumah dengan harga yang agak murah. Ehhh! Sudah melalut pula, tadi hendak cerita rumah en.hubby yang terbengkalai tu kannn…

Ok berbalik pada cerita rumah tidak siap tadi tu. Ada 3 fasa rumah yang tidak Berjaya disiapkan mengikut jadual dan beberapa tahun kemudian telah diisytiharkan terbengkalai. Fasa-fasa terbabit adalah Fasa 1D, Fasa 1F dan Fasa1G (rumah en.hubby termasuk). Beberapa tahun lepas sekumpulan beberapa orang pembeli telah Berjaya mengumpulkan hampir separuh pembeli-pembeli rumah terbengkalai ini untuk ikut berjuang mendapatkan hak masing-masing. Memang tabik springlah pada mereka yang tidak jemu-jemu berusaha dengan bermacam cara supaya semua pembeli akan dapat memiliki rumah masing-masing. Melalui en.hubby , saya dapat tahu, macam-macam yang mereka buat. Jumpa orang itu, jumpa orang ini. Naik turun Kementerian Perumahan pun ada juga. Sampai masuk mahkamah juga rasanya. Akhirnya….

Usaha mereka yang tidak pernah berkira itu membuahkan hasil. Semua pembeli sudah boleh tidur lena agaknya. Difahamkan, Fasa 1D sudah siap dan akan dilancarkan pada hujung bulan ini. Fasa 1F pula, kalau tidak Mac, bulan April 2011. Dan akhir sekali, Fasa 1G dijangka siap pada November tahun ini. Syukur alhamdulillahhh….

Kalau hendak ditanya perasaan waktu ini, memang tak boleh nak ucaplahkannn. En.hubby tu hah! Lagilah sebab itu rumah dia kannn. Biarlah tidak besar manapun tapi sebab itu rumah yang kita beli dengan duit gaji sendiri maka sudah tentulah ia sangat bermakna. Bertahun menunggu dengan rasa kecewa, rasa perit, namun dengan usaha segelintir pihak harapan kembali berbunga. Bersyukur sangat sangat.

2 comments:

mama ju said...

Aslkm Nuri

Apa kabar? Rumah tu kat mana? Kot2 dkt rumah mama ..kat sini pun ada rumah terbengkalai!

khairanimaisurah said...

waalaikumussalam mama, saya alhamdulillah sihat. rumah yg kitarang beli tu dekat putra perdana. pernah ronda2 ke sana tak? ala pemaju dia Talam yg dah bungkus tu la hehehe... mmg byk projek dia yg terbengkalai