Monday, February 08, 2010

:: Bagaimana kalau... ::

secara tiba-tiba seorang rakan lelaki anda datang kepada anda meluahkan masalah peribadinya? Apa agaknya reaksi pertama anda ye? Terkejut?Ternganga?Keliru?Biar benar dia nih?Begitulah yang terjadi pada saya awal pagi tadi. Rakan lelaki ini, biar saja saya gelarkan dia en. T, tidaklah terlalu rapat namun tiba-tiba saja pagi tadi dia datang dekat saya menceritakan masalah peribadi yang sedang dialaminya. Wahhh... tidak disangka-sangka kerana mula-mula saya tegur dia, dia hanya cakap hari ini permulaan minggu yang tak best (muka en. T masa tu memang nampak serabut sangat). Tidak lama kemudian, dia datang ke tempat saya dan meluahkan segalanya. Fuuhhhh...terpinga-pinga sekejap saya dibuatnya. Tak tahu nak memberikan reaksi yang bagaimana, walaupun saya cuba juga untuk berlagak seperti biasa. Masalahnya bermula begini... en.T sedang berkrisis dengan isterinya pasal perbelanjaan isi rumah mereka. Si isteri meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai bajet mereka sekeluarga sejak en.T melanjutkan pelajaran dan menerima separuh gaji sahaja. Waktu itu isteri en. T terpaksa menanggung keluarga memandangkan gaji en. T dah berkurangan, malahan kalau nak diikutkan gaji si isteri yang juga merupakan seorang guru adalah lebih tinggi daripada gaji en. T. Tetapi en. T ni bukanlah jenis yang suka ambil kesempatan, tanggungjawab sebagai ketua rumah tetap cuba dilaksanakan dan dia hanya mengharap sedikit pengertian dari si isteri. Bila dah habis belajar, en. T dinaikkan pangkat pula, dan baru-baru ni saja beliau baru dapat merasa kenaikan gaji barunya itu.

Maka, kemuncaknya semalam, si isteri telah meminta en. T ini untuk kembali menanggung segala perbelajaan mereka sekeluarga, malah si isteri tidak ingin menghulur sebarang bantuan lagi. Inilah masalah sebenar en. T, dia jadi pening kepala bila memikirkan duit gajinya yang pasti tidak cukup untuk menanggung kesemuanya sekali. En. T siap bentang pada saya segala belanja yang perlu dikeluarkan setiap bulan dan akhirnya tak ada lagi baki gaji yang tinggal untuknya jika semuanya ditanggung oleh en. T. Hmmm... saya pun jadi pening bila dengar cerita en. T ni. Apa yang harus saya respon? Siapalah saya ni kan untuk memberi segala nasihat, usia perkahwinan saya ni pun baru saja nak menginjak ke tahun ke 9 kalau nak dibandingkan dengan usia perkahwinan en. T. Sudah terang-teranglah en. T itu yang lebih berpengalaman dalam mengharungi kehidupan berumahtanggakan . Akhirnya yang boleh saya katakan hanyalah minta dia banyak bersabar, masih ada ruang penyelesaian... mungkin juga Allah sedang menguji en. T. Saya anggap en. T hanya ingin meluahkan perasaannya saja, setidak-tidaknya ia dapat mengurangkan rasa serabut en. T tu. Lagipun saya sendiri tak boleh nak menyebelahi siapa-siapa, sebab saya hanya mendengar dari sebelah pihak. Mungkin ada masalah lain yang menjadi punca, sedangkan masalah bajet diorang itu hanya jadi ejen penambah kepada masalah sedia ada saja. Kita sendiri tidak tahu kenapa agaknya isteri en. T tiba-tiba berubah jadi begitu, mungkin en. T sendiri ada khilafnya... siapa tahukan. Kalau betulpun... entahlah kan... sebab pada saya perkahwinan adalah satu perkongsian. Bila mana ia adalah satu perkongsian, menjadi tanggungjawab suami isteri untuk saling memberi sokongan walau dalam apa keadaan sekalipun. Dalam rumahtangga, sesekali pasti ada badai yang melanda. Bagaimana cara kita hadapinya?...haaa itu yang harus difikirkan sedalam-dalamnya. Cerita-cerita begini saya jadikan iktibar dan panduan buat saya untuk mengharungi kehidupan. Mungkin ini masa en. T, esok lusa mungkin jadi kepada kita pula... kuasa Allah tiada siapa boleh menduga. Harap-harap en. T dah 'cool down' dan harapan saya juga en. T dapat cari jalan penyelesaian kepada masalahnya itu... insyaallahhhh.

2 comments:

fazlina said...

..betul tu..kita boleh jadikan panduan diatas apa yang en.T tu lalui..yang penting dalam perkahwinan ni..rumahtangga ni..perlu banyak perkongsian, persefahaman dan perbincangan..betul tak kay?

khairanimaisurah said...

itulah pn. fazlina, kalau tak sanggup nak harungi susah senang bersama apalah erti perkahwinankan...