Wednesday, February 02, 2011

:: Berehat ::

Setelah seminggu kerja di luar kawasan, maka minggu ini saya cuti habis-habisan. Itupun sebab anak-anak diberi cuti panjang maka ibu dan abah pun ambil kesempatan. Lega rasanya dapat menatap wajah anak-anak yang ditinggalkan selama seminggu ini dengan abahnya. Jadi sempena cuti panjang ini, harus guna sebaik-baiknya meluangkan masa bersama anak-anak.

Hari ni kami balik kampung di KT. Syukur alhamdulillahhhh perjalanan pagi tadi lancar sahaja. Tidaklah sesak yang melampau-lampau, mungkin juga sebab sudah ramai yang bergerak awal beberapa hari yang lalu kannn...

Nanti-nantilah saya sambung cerita pengembaraan saya dan Yana di Sarawak tu. Saat menjejak kaki di KLIA tu fuhhhh.... rasa lega yang teramat sangat. Kami balik semenanjung hari Isnin. Memang rasa malas saja hendak mengadap laptop... hari ini baru rasa hendak tu datang dan rasa nak menaip tu baru mula datang sikit-sikit. Lagipun semua gambar-gambar kami di Sarawak ada pada Yana. Itu yang rasa malas sahaja nak buat entry. Ada gambar tu baru rasa semangat sikit kannn...

Petang tadi waktu sampai rumah mertua, kami minum petang dengan hidangan lemang bersama rendang. Perghhhh!!! sedappp. Lemang tu kami beli di Kemaman. Mak mertua dah siap-siap masak rendang ayam. Masa beli lemang tu, tengok sata pun ada....sedap saja baunya. Apalagi, belilah sebatang. Menahan sahaja bau sedap sata dalam kereta. Sampai rumah terus mengadap. Sekejapan sahaja habis dek saya dan si abang...orang lain tak sempat merasa kih kih kih. Esok, kalau ada rezeki dapat pula merasa bubur Asyura di rumah mak saudara... nikmatnya...

No comments: