Wednesday, February 02, 2011

:: Iktibar dari bencana ::

Tika dan saat ini marilah kita sama-sama berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan rakan-rakan, saudara seagama kita yang sedang menempuh ujian dariNYa... buat mangsa-mangsa banjir di sebelah selatan sana dan juga buat rakyat Malaysia di bumi Mesir yang sedang bergelora itu.

Di saat kita sedang aman bercuti menyambut perayaan, mereka di sana sedang menghadapi ujian getir menguji keimanan dan ketaqwaan. Semoga kita mengambil iktibar dari semua ini bahawa segalanya adalah di bawah kawalan dan ketentuan dariNya. Kita hanya mampu berdoa dan cuba memperbaiki diri sebagai umatNya. Semoga mereka semua tabah dan kuat menghadapi ujian ini, dan semoga semuanya akan selamat insyaallahhhh...

No comments: