Saturday, February 05, 2011

:: Cerita semalam ::

Semalam kami makan laksa, air tangan siapa lagi kalau bukan ibu mertuaku. Memang pantang nampaklah kalau sudah terhidang laksa di depan mata. Saat merebus ikan lagi sudah terasa-rasa di anak tekak ini.... betapa sedapnya kuah laksa itu akan dinikmati.


Laksa utara atau komersialnya dengan panggilan laksa penanglah kan sememangnya kegemaran saya. Kalau balik SP ke atau mak datang rumah ke mesti minta mak buatkan laksa. Sedappppp sangat... nikmatnya tidak terkata. Satu hari menghadap laksa dua tiga kali pun tidak mengapa. Memang rezeki betullah kan kali ini balik KT dapat merasa laksa juga. Kebiasaannya mak mertua akan menyediakan 2 jenis kuah... satu kuah yang biasa tu dan satu lagi kuah putih lemak. Bapa mertua paling suka makan yang kuah putih. Yeeezzzaaaa...puas makan laksa semalam...

Petang-petang sikit selepas Asar bawa anak-anak mandi kolam. Hari-hari asyiklah menuntut janji. Jadi semalam tertunailah sudah janjinya. Kami pergi ke pusat rekreasi Kuala Ibai. Huisshhh!! punyalah ramai orang. Almaklumlah hari cuti-cuti umum ni kannn... Murah sahaja bayaran masuk untuk mandi.... untuk kanak-kanak rm4 seorang manakala untuk seorang dewasa adalah rm8. Saya tidak membawa kamera maka tidak adalah walau sekeping pun gambar anak-anak saat bermandi-manda...huhuhu...mood sedikit tercalar petang itu. Tapi bila dah sampai tu rasa menyesal pula tidak membawa kamera bersama....memang cisss...

Sekian sahaja cerita tentang semalam... masa balik, ambil jalan pantai... masyaallah sungguh ramai umat manusia. Jalan pun agak sesak. Sampai rumah waktu sudah pun Maghrib. Malam itu sekali lagi makan laksa hehehe...syukur alhamdulillahhhh

No comments: